Daurah Kitab Perukunan

January 14, 2022

Pengenalan Ringkas Pengajian

Kitab Perukunan merupakan sebuah kitab yang sangat popular di dalam kehidupan masyarakat di Tanah Melayu. Bagi masyarakat Banjar, Kitab Perukunan ini tidak hanya dipelajari, akan tetapi juga menjadi rujukan utama dalam melaksanakan ibadah seharian.

Kitab ini adalah karangan Syeikh Arsyad al-Banjari Rahimahullah (pengarang kitab Sabila Muhtadin. “Perukunan” bermakna huraian asas tentang perkara-perkara yang diwajibkan oleh agama yang harus dilaksanakan dalam kehidupan seharian, mencakup rukun Islam (Feqah), rukun Iman (Tauhid), dan rukun Ihsan (Tasawuf).

Selain itu, kitab ini membahaskan perkaraasas yang menjadi kewajipan bagi seorang yang bergelar muslim. Bermula dengan rukun Iman dan Islam, diikuti dengan perbahasan Tauhid, dan seterusnya disentuh bab-bab dalam ilmu Fekah secara ringkas. Penting, padat dan mencakupi perbahasan asas.

Apa yang anda akan belajar ?
1) Rukun Islam, Rukun Iman dan Ihsan
2) Kasih kepada Malaikat dan Nabi adalah daripada Iman
3) Fasal pada menyatakan air
4) Fasal pdaa menyatakan najis dan cara menghilangkannya
5) Fasal pada menyatakan hukum Qadha Hajat dan Istinjak
6) Fasal pada menyatakan kaifiat solat, rukun dan sunat solat
7) Fasal pada menyatakan puasa
8) Fasal pada menyatakan Kafan

Course Information

Difficulty: Mubtadi(Permulaan)

Categories:

Tags: , ,

Tenaga Pengajar

Ustaz Muhammad Sofuan Shaberi
Ustaz Muhammad Sofuan Shaberi Author

Guru Pondok Tunjong, Kelantan Tenaga Pengajar Darul Fateh,

Pakej Normal

DAFTAR

Course Information

Difficulty: Mubtadi(Permulaan)

Categories:

Tags: , ,

Tenaga Pengajar

Ustaz Muhammad Sofuan Shaberi
Ustaz Muhammad Sofuan Shaberi Author

Guru Pondok Tunjong, Kelantan Tenaga Pengajar Darul Fateh,

Pakej Normal

DAFTAR

Maklum Balas

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Maklumat Pengajian

Peringkat: Mubtadi(Permulaan)

Categories:

Tags: , ,