Inilah masanya untuk kembali kepada asas Aqidah sebenar.
- Disusun daripada kitab turath utama
- Disampaikan dengan hujah yang mantap & kefahaman bertalaqqi
- 100% secara online. Belajar dari mana-mana sahaja

Kenapa Ramai Umat Islam Pegang Aqidah Tapi Tak Tahu Asal-Usulnya?
Dan kenapa sebahagian besar kita mudah keliru bila dengar istilah ‘Tajsim’, ‘Muktazilah’, atau ‘Qadariah’?
Dah Lama Belajar Aqidah
Tapi Sedang Hadapi Masalah di Bawah?
Inilah masanya untuk kembali kepada asas Aqidah sebenar.
Belajar secara talaqqi huruf demi huruf adalah penyelesaiannya !
18 Mei 2025
Ahad - Rabu Setiap Minggu
2.00 Petang
Kitab Hasyiah Dusuqi – Aqidah Ahli Sunnah Diperkukuh Dengan Dalil Naqli & Aqli
Kitab ini merupakan rujukan utama ulama Al-Azhar dan pondok-pondok tradisional dalam membahaskan tauhid Ahli Sunnah Wal Jamaah (Asya’irah).
Disusun oleh Syeikh Muhammad Al-Dasuki, seorang tokoh sufi yang terkenal serta pengasas Tarekat Dasuqiyah (Burhamiyyah).
Kitab ini:
1. Menghuraikan pelbagai isu dalam ilmu kalam
2. Menjawab pelbagai syubhah dengan hujah naqli dan aqli.
3. Tidak disusun mengikut bab moden, tetapi sangat sistematik dan mendalam
4. Kitab ini adalah silibus kitab ketiga dalam Madrasah Aqidah As-Sobirin
Sifat 20 – dihuraikan secara mendalam
Penolakan terhadap fahaman Tajsim dan Tasybih
Jawapan ilmiah kepada golongan yang berfahaman Muktazilah & mujassimah
Asas ilmu kalam dan kedudukannya dalam ilmu aqidah
Perbedaan pendapat tentang sebab dan akibat
Zalim bagi Allah itu Mustahil
Semua ini akan dipelajari baris demi baris, disyarah secara online oleh guru yang berpengalaman, dengan nota dan rakaman disediakan.
Madrasah Assobirin merupakan sebuah institusi pendidikan Islam yang akan memfokuskan kepada pembacaan kitab dalam bidang Aqidah. Aqidah ialah cabang ilmu dalam Islam yang membincangkan tentang kepercayaan atau keimanan kepada Allah SWT dan ajaran agama Islam yang lain. Oleh itu, pengajaran Aqidah sangat penting dalam membentuk kefahaman Islam yang betul.
Madrasah Assobirin bertujuan untuk membantu orang ramai dalam mempelajari Aqidah secara mendalam dan tuntas, serta mengembangkan kemampuan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Beberapa kitab yang akan dipelajari di Madrasah Assobirin antaranya Hasyiah Syarqawi, Tuhfatul Murid, Hasyiah Dusuki, Hasyiah Ibnu Amir, dan Sughra-sughra.
Melalui pengajaran kitab-kitab ini, para pelajar diharapkan dapat memahami prinsip-prinsip asas Aqidah dan dapat memahami pelbagai konsep penting dalam ilmu Aqidah.
Kitab ini adalah karangan Syeikh Abdullah Syarqawi yang memberi komentar (Hasyiah) terhadap Syarahan Imam Hud-hudi terhadap Matan Ummi Barahin karangan Imam Sanusi. Kitab ini perlu dipelajari oleh penuntut ilmu setelah mempelajari kitab asas dalam ilmu Tauhid.
Kenapa saya perlu belajar kitab ini :
1. Ianya adalah syarahan kepada sumber utama ilmu Aqidah Ahlu Sunnah wal Jamaah iaitu Matan Ummu Barahin.
2. Hasyiah Syeikh Abdullah asy-Syarqawi ini memberi satu indikasi bahawa fahaman Aliran Asyairah masih kukuh di Dunia Islam. Walaupun pada masa itu, pemikiran Barat sedang marak seiring dengan kedatangan Napoleon dan penjajahan Perancis di Mesir.
3. Hasyiah Syeikh al-Azhar ke-12 ini membawa kaum muslimin dalam memahami dan meyakini Tauhid yang menjadi tiang utama aqidah Islam.
Kitab Tuhfatul Murid merupakan kitab yang dikarang oleh Al Alim Al Allamah Syeikh Ibrahim Al Bajuri. Kitab ini merupakan syarah kepada Matan Jauharah Tauhid karangan Imam Ibrahim al-Laqqani. Kitab ini sangat masyhur dan berperanan agung dalam dunia Islam sehingga dijadikan silibus di Universiti Al Azhar.
Kitab ini sangat penting untuk dipelajari. Gaya bahasa dan ibarat kitab juga memudahkan untuk penuntut ilmu mempelajarinya.
Syeikh Dusuki memberikan catatan hasyiah bagi teks-teks tertentu dalam Syarah Ummu Barahin. Dalam kitab ini dibahas pelbagai isu dalam ilmu kalam seterusnya dihuraikan juga argumen/penghujahan naqli dan aqli atas berbagai tajuk. Dengan pembahasan sistematis dan luas.
Kitab ini dijadikan rujukan utama dalam pembahasan ilmu tauhid ahlu sunnah wal jama’ah dari kalangan Asy’ariyah.
Sebagai kitab tauhid yang ditulis di masa awal penyusunan ilmu, kitab ini tidak disusun berdasarkan bab atau sub bab. Oleh kerana itu, kami di Darul Fateh menjadikan kitab ini sebagai aturan ketiga dalam Madrasah Aqidah ini.
Sedikit biodata berkenaan Syeikh Dusuki.
Syeikh Muhammad Al-Dasuki merupakan seorang tokoh sufi yang sangat terkenal. Beliau juga merupakan pengasas salah satu tarekat sufi bernama Tarekat Dasuqiyah atau juga dikenal dengan Tarekat Burhamiyyah.
Hashiyah Ibn al-Amir ‘ala Ithaf al-Murid Syarh Jawharah al-Tawhid, karya Ibn al-Amir al-Imam Muhammad bin Muhammad bin Ahmad bin Abd al-Qadir bin Abd al-Aziz (1232H).
Ianya adalah silsilah kitab keempat yang akan dibaca dalam Madrasah As-Sobirin (Syukbah Aqidah)
Ianya adalah Hasyiah kepada syarahan Syeikh Abdul Salam iaitu anak kepada Imam Ibrahim Laqqani. Syarahan tersebut dinamakan sebagai Ithaf al-Murid yang memperjelas maksud dan komentar terhadap matan Jauharah Tauhid. Setelah belajar kitab Tuhfatul Murid, kitab ini adalah aturan yang mesti dipelajari oleh penuntut ilmu terutama yang ingin mendalami dan memperkukuh ilmu Aqidah Ahlu Sunnah wal Jamaah.
5) Sughra-sughra
Kitab ini adalah syarahan Imam Sanusi sendiri bagi kitabnya Muqaddimah Sughra. Kitab ini adalah silsilah terakhir bagi Madrasah Aqidah kerana kepentingan untuk belajar kitab lain sebagai tangga untuk memahami kitab ini.
*Kitab di atas akan dibaca secara berturutan mengikut (Roadmap) peta jalan di atas. Maksudnya kita akan baca Hasyiah Syarqawi sampai khatam dahulu baru akan baca kitab Tuhfatul Murid dan seterusnya.
Guru Pondok Tunjong & Tenaga Pengajar Darul Fateh
Ustaz Muhammad Sofuan bin Shaberi adalah salah seorang tenaga pengajar Pondok Tunjong merangkap Guru di Pusat Pengajian Darul Fateh. Beliau memulakan pengajian kitab turath seawal umur 14 tahun lagi iaitu ketika menuntut ilmu di Maahad Muhammadi Lelaki.
Pada ketika tersebut, beliau banyak ulang alik ke Pondok Pasir Tumboh dan Pondok Tunjong terutama apabila musim cuti sekolah. Minatnya kepada ilmu turath sangat mendalam sehingga beliau menetap di Pondok Tunjong selepas STAM untuk mengikuti pengajian di sana sebelum menyambung pengajian ke Universiti al-Azhar, Mesir.
Sebelum berangkat ke Mesir, beliau sudah mulazamah bertalaqqi dengan beberapa orang guru antaranya TG Azrihisham, TG Yusuf, TG Hj Mat, TG Ayah Mat Beris dan lain-lain. Menariknya, sepulangnya beliau daripada Mesir, beliau terus istiqamah belajar dengan guru tersebut sehingga ke hari ini.
Bakat besar beliau dalam bidang turath sudah dikesan seawal Tingkatan 5, pada waktu tersebut beliau sudahpun membacakan kitab-kitab turath kepada adik-adik junior di Maahad Muhammad Lelaki, Kota Bharu.
Justeru, sehingga sekarang beliau aktif membacakan kitab turath @ kitab kuning kepada pelajar di Pondok Tunjong dan Pusat Pengajian Darul Fateh serta di masjid-masjid sekitar Kelantan.
Maka, pemilihan beliau untuk memimpin Madrasah as-Sobirin adalah keputusan yang tepat kerana pengalaman yang luas dalam bidang Turath dan beliau sendiri belajar kitab-kitab dalam Madrasah ini secara kulit-ke kulit daripada guru-gurunya.
SK Pangkal Nering
Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu (2002-2008)
Pondok Tunjong (2003 – sekarang)
Universiti al-Azhar, Mesir (2009-2015)
Kolej Universiti Sultan Ismail Petra (2015-2017)
Kenapa perlu belajar Ilmu Aqidah
dengan bimbingan Ustaz Sofuan Shaberi
Darul Fateh adalah sebuah platform digital atas talian yang ditubuhkan untuk memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk belajar agama melalui kaedah talaqqi secara tersusun dan berperingkat. Idea untuk menubuhkan platform ini adalah untuk menyelesaikan kesukaran orang awam dalam menghadiri majlis talaqqi kitab agama kerana kekangan masa dan peluang yang ada. Dengan menggunakan platform online, semua orang boleh belajar agama tanpa terlepas mana-mana kelas dan dapat ditonton berulang kali pada bila-bila masa sahaja.
Untuk pengetahuan anda juga kami telah menjalankan pengajian sebanyak 30 lebih pengajian berkitab sepanjang 2 tahun
Screenshot daripada halaman senarai pengajian di dalam laman web rasmi darul Fateh.
Semua testimoni ini menunjukkan bahawa Darul Fateh adalah sebuah platform yang berkesan dan memberi impak yang positif dalam bidang pengajian agama secara atas talian.
Pengajian Madrasah Assobirin di bawah Darul Fateh menyediakan rakaman penuh untuk semua kelas-kelas yang dijalankan. Ini bermakna, para pelajar yang terlepas kelas atau ingin menonton semula kelas-kelas sebelumnya, boleh mengakses rakaman tersebut melalui platform yang kami sediakan dan menonton kembali kelas-kelas tersebut pada bila-bila masa yang sesuai untuk mereka.
Dengan adanya rakaman penuh, pelajar juga boleh merujuk semula kepada nota-nota dan bahan-bahan pengajaran yang disediakan oleh guru-guru di dalam kelas. Ini membolehkan pelajar memperdalamkan pemahaman mereka dan mengukuhkan lagi aspek-aspek yang kurang difahami dalam pembelajaran mereka.
Penggunaan rakaman penuh dalam pengajian Madrasah Assobirin di bawah Darul Fateh ini memperlihatkan bahawa platform ini amat mengambil berat tentang kemudahan dan kesesuaian dalam pembelajaran di dalam kalangan pelajarnya.
Screenshot daripada halaman sistem portal pelajar yang telah dibangunkan oleh darulfateh.com
Akses Rakaman pengajian akan diberikan melalui Sistem Portal Pelajar yang dibangunkan khas kepada pelajar Darul Fateh untuk mengulangi rakaman pengajian.
Rakaman penuh yang disediakan dalam Sistem Portal Pelajar membolehkan para pelajar menonton kelas-kelas pengajian secara tanpa had. Ini bermakna, pelajar boleh menonton rakaman sebanyak mana yang mereka perlukan, pada bila-bila masa yang sesuai untuk mereka, dan setiap kali mereka ingin menonton kembali kelas yang sama.
Rakaman kelas yang disediakan dalam Sistem Portal Pelajar disusun dengan rapi, bermula daripada awal pengajian sehingga khatam. Ini membantu pelajar memahami dan mengikuti kelas-kelas pengajian dengan lebih mudah dan tersusun.
Sistem Portal Pelajar juga menyediakan fungsi bookmark yang membolehkan pelajar menyimpan rekod tontonan mereka, dan melanjutkan menonton dari tempat mereka terhenti sebelumnya. Ini memudahkan para pelajar dalam memantau kemajuan pembelajaran mereka dan tidak perlu mencari-cari tempat yang mereka berhenti sebelumnya.
Setelah menamatkan pengajian, pelajar akan menerima sijil penyertaan pengajian dalam bentuk digital. Sijil ini memberi pengiktirafan kepada pelajar atas usaha mereka dalam menyelesaikan pengajian dan dapat digunakan sebagai bukti pengalaman dan pencapaian akademik.
Dengan Sistem Portal Pelajar Darul Fateh, pelajar boleh mengakses pelbagai kelas mengaji secara fleksibel dan boleh menguruskan masa belajar mereka sendiri. Selain itu, penggunaan teknologi dalam pembelajaran membolehkan pelajar mempelajari pelbagai topik dengan lebih efektif dan berkesan, tanpa dihadkan oleh jarak atau masa.
Daftar pengajian dengan ikuti 3 langkah mudah.
Isi maklumat anda seperti nama, no. telefon & email di ruangan borang pendaftaran.
Masukkan Butiran Kad ATM/Debit atau Kad Kredit anda di ruangan pembayaran
Tekan butang Daftar Sekarang untuk menyempurnakan pendaftaran.
Kedua-dua pelan termasuk:
Rakaman setiap kelas
Rakaman seumur hidup
Akses bertanya soalan kepada guru
Anda akan menerima rakaman penuh 3 daurah ilmu yang bernilai tinggi:
Penawar Bagi Hati – Tazkiyah Nafs dari perspektif ulama
Daurah Ayyuhal Walad – Nasihat penuh hikmah dari Imam Al-Ghazali
Daurah Wisyah Afrah – Pengisian ilmiah yang menyentuh hati
Rakaman ini hanya diberikan kepada peserta penuh (lumpsum) sahaja.
Boleh! Kelas dalam bahasa Melayu dan sangat mudah difahami.
Setiap sesi dirakam dan anda boleh ulang tonton bila-bila masa.
4 kali seminggu secara online (Zoom).
Ya! Anda akan dapat 3 rakaman daurah eksklusif bersama Ustaz Sofuan Shaberi.
Jika anda sudah tonton semua Live, video daurah, belajar ilmu dan lakukan tindakan dengan ilmu yang telah dikongsikan tetapi tiada sebarang manfaat yang ada perolehi dalam masa 30 hari, kami sedia pulangkan wang anda semula tanpa banyak soal.