Pengajian Sedang Berjalan Sekarang. Tarikh Mula Pengajian pada 7 Februari 2023. 

Rakaman Penuh Pengajian Disediakan Sepenuhnya pada awal pengajian sehingga akhir pengajian.

Berminat mempelajari Kitab Arab namun jarang berpeluang ?
Sibuk dengan urusan seharian, tapi masih berminat untuk belajar secara online ?
Nak belajar di pondok, tetapi masa tidak mengizinkan.

Persoalan diatas sering bermain dalam fikiran menyebabkan sering terlepas peluang belajar kitab Arab dari kulit ke kulit.

Memperkenalkan Kepada Anda :
Pengajian Kifayatul Awam(Arab)

Pengenalan Kitab

Kitab Kifayatul Awam

Nama Pengarang Kitab dan Gelaran

 

Nama beliau ialah Muhammad bin Syafi’ (شَافِع) al-Misri al-Syafie al-Fudholi. Begitulah nama beliau yang disebutkan oleh Isma’il Basya dalam kitab Hadiyyah al-Arifin dan Idhoh al-Maknun. Al-Zirikli dalam al-A’lam pula menyebutkan namanya sebagai Muhammad bin Syafi’i (شَافِعِي).

 

Di Nusantara kebiasaannya disebutkan gelaran beliau sebagai al-Fudholi (الفُضَالِي), dengan baris hadapan pada huruf fa’. Mana al-Zirikli pula menyebutkannya sebagai al-Fadhali (الفَضَالي), dengan baris atas pada huruf fa’.

Daripada gelaran al-Misri dapat kita ketahui bahawa beliau berasal dari Mesir. Manakala gelaran al-Syafi’i menunjukkan bahawa beliau bermazhab al-Syafi’i. 

 

Gelaran al-Fudholi/al-Fadhali pula nisbah kepada Maniyyah Fadalah, nama sebuah tempat yang terletak di Dakahlia, Mesir.

 

 

 

Murid-Murid Beliau

 

Murid beliau yang masyhur dan diketahui hanyalah Imam Ibrahim al-Bajuri (m. 1279 H) yang sentiasa melazimi beliau sehingga beliau meninggal dunia dan mensyarahkan kitab-kitab beliau.

 

 

Karya Karya Penulisan

 

 

1 – Risalah Fi Kalimah al-Tauhid

Kitab ini disyarahkan oleh Imam al-Bajuri pada tahun 1222 Hijrah ketika hayat gurunya. Kitab syarah tersebut merupakan karya pertama Imam al-Bajuri yang dikarang ketika usianya baru 24 tahun.

 

2 – Kifayah al-Awam Fima Yajibu ‘Alaihim Min ‘Ilm al-Kalam

Kitab ini disyarahkan oleh Imam al-Bajuri dengan kitab berjudul Tahqiq al-Maqam ‘Ala Kifayah al-Awam. Diselesaikan pada tahun 1223 Hijrah. Imam al-Bajuri menulis syarah ini setelah diizinkan oleh gurunya itu.

 

3 – Risalah Fi al-Taqlid

Kewafatan

Beliau meninggal dunia pada tahun 1236 Hijrah bersamaan 1820 Masihi.

Semoga Allah merahmati beliau.

 

Dipetik daripada laman:
http://zulhusnimatresat.blogspot.com

Daurah ini akan disampaikan oleh:

Ustaz Sofuan Shaberi

Guru Pondok Tunjong, Kelantan

Tenaga Pengajar Darul Fateh

Kelebihan Anda Sertai Daurah Ini

1. Akses Rakaman Daurah (Seumur Hidup)

Darul Fateh akan menyediakan rakaman daurah di laman web kami. Setiap pelajar akan dapat akses rakaman melalui portal pelajar di darulfateh.com

2. E-Sijil Penyertaan

Peserta berdaftar akan mendapat e-sijil penyertaan Daurah setelah khatam.

3. Poster Simbol/Rumus Dhobit Kitab

Kata guru kami: Pengikat penuntut ilmu dengan kitab ialah Dhobit ataupun catatan yang ditulis semasa pengajian. Maka, sangat penting bagi penuntut ilmu untuk menjaga dhobit kitab supaya apa yang kita tulis dapat difahami dan menjadi rujukan kepada kita kelak.

Oleh itu, Poster Rumus Dhobit Kitab akan diberikan secara percuma kepada peserta berdaftar. Poster Dhobit ini adalah rumuz yang selalu digunakan oleh pelajar-pelajar Pondok untuk dhobit kitab mereka.

4. PDF Percuma bagi Kitab Wisyah Afrah

Pelajar akan diberikan PDF kitab Wisyah Afrah dan boleh untuk muat turun PDF tersebut dan print untuk tujuan pengajian.

5. Pengajian di Facebook Group

Pengajian akan berlangsung di Facebook Group Tertutup

Yang Lagi Menarik!

4 Bonus Eksklusif Menanti Anda Bernilai RM124.90!

Akses Rakaman Penuh Daurah Selama 1 Tahun bernilai RM89.00

Akses rakaman penuh daurah selama 1 tahun untuk anda dan anda boleh tonton pada bila-bila masa sahaja.

p/s: Setiap pelajar akan dapat akses khas rakaman dalam setiap akaun masing-masing.

Peta Minda Hukum Istihadhah bernilai RM 10.00

Peserta berdaftar akan mendapat Peta Minda Hukum ini bagi memudahkan para pelajar untuk faham perbincangan kitab dengan lebih mendalam

Sijil Penyertaan Daurah bernilai RM10.00

Peserta juga akan mendapat Sijil Penyertaan Daurah daripada Darul Fateh yang mana di dalam sijil ini akan dicetak nama khusus setiap peserta.

PDF Kitab bernilai RM15.90

Kitab ini adalah hasil karangan daripada pengajar daurah

Harga asal kitab ini adalah RM 15.90. Namun dengan mendaftar Daurah ini, anda akan mendapatkannya secara PERCUMA.

DAFTAR SEGERA

Dapatkan diskaun Rm 120 untuk 300 peserta terawal sahaja.

Pendaftaran Yuran PROMO akan tamat dalam masa

Yuran Pengajian RM150 RM39 Hanya Berbaki

0
Slot lagi