Setelah 3 tahun penubuhan Darul Fateh, ia telah menyaksikan pelbagai kejayaan yang boleh dibanggakan. Samada dari sudut pengajaran, pembelajaran, penggunaan teknologi maklumat, pengurusan peserta, sistem Affiliate dan pelbagai lagi. Kesemua ini adalah nikmat yang wajib disyukuri.
Setakat ini, Darul Fateh mempunyai 10 orang tenaga pengajar yang 3 darinya bertaraf Mudir/Pengasas Pondok dan terdapat Guru yang terlibat dalam jabatan-jabatan seperti jabatan kehakiman. Bahkan Pengasas Darul Fateh sendiri, Ustaz Abdullah Hussin turut terlibat sebagai guru.
Dari sudut silibus pengajian, Darul Fateh menyediakan pengajian yang merangkumi aspek fardhu ain dan fardhu kifayah. Menggunakan kitab jawi dan arab. Sebut sahaja kitab-kitab Fardhu Ain yang masyhur digunakan di Masjid-masjid dan Madrasah, In Syaa Allah kebanyakan nya telah didaurahkan di Darul Fateh.
Seterusnya, laman web Darul Fateh yang serba guna, memudahkan para pelajar nya mendengar dan mengulangkaji pelajaran. Bermula dari rekod, perpustakaan PDF Kitab, rakaman video pengajian yang berkualiti sehinggalah sistem janaan sijil automatik, kesemua ini memudahkan para pelajar.
Medium yang talaqqi digunakan seperti Zoom, siaran langsung di Grup Fb tertutup serta wujudnya Grup WhatsApp bersama guru memberikan kemudahan interaksi antara guru dan pelajar. Keadaan ini juga memudahkan para pelajar bertanya soalan dan murajaah secara bersama-sama.
Selain itu, penggunaan media sosial yang pelbagai seperti Facebook, Tik-tok, Youtube dan Instagram menjadikan aktiviti serta kelas-kelas anjuran Darul Fateh mampu sampai kepada segenap lapisan masyarakat. Di samping itu, perkongsian yang dimuat naik setiap hari di laman sosial Darul Fateh turut mendapat sambutan sehingga merekodkan 11K followers/subscribers.
Kesimpulan nya, guru yang berpengalaman, teknologi maklumat, akses yang mudah menjadikan Darul Fateh antara pilihan utama bagi para asatizah mahupun pelajar ilmu agama dalam bertalaqqi secara online. Sebagai bukti, Darul Fateh hampir merekodkan 30K penyertaan dalam 60 daurah yang dianjurkannya. Justeru Darul Fateh bercita-cita besar untuk menjadi peneraju talaqqi online di Malaysia. In Syaa Allah.
Jom bersama-sama Darul Fateh untuk istiqamah dalam Talaqqi.
Imam Bukhari: Kisah Anak Yatim Yang Mengubah Dunia Islam
Bayangkan seorang anak kecil yatim di Bukhara, sebuah kota cantik di Khurasan. Tanpa ayah sejak kecil, siapa sangka anak ini akan menjadi tokoh yang menggemparkan