Perhatian kepada anda yang dah lama belajar  Bab Aqidah

tapi masih buntu macam mana nak lebih mahir

Nak sangat belajar Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dari kulit ke kulit namun belum ada peluang dan masa untuk sertai?

Dah Lama Belajar Aqidah
Tapi Sedang Hadapi Masalah di Bawah?

Mesti sedih kan bila masih
kurang mahir Bab Aqidah.

Kami faham sangat perasaan anda sebab kami dulu juga begitu.

Sebab itu kami di Darul Fateh nak bantu anda dengan 1 solusi menarik iaitu

Memperkenalkan:
Pengajian Madrasah Assobirin
Syukbah Aqidah

Maklumat Kelas Pengajian

Tarikh Mula Pengajian

21 Mei 2023(Ahad)

Hari Pengajian

Ahad - Selasa Setiap Minggu

Masa Pengajian

11.00 Malam

Pengenalan Pengajian
Madrasah Assobirin Syukbah Aqidah

Madrasah Assobirin merupakan sebuah institusi pendidikan Islam yang akan memfokuskan kepada pembacaan kitab dalam bidang Aqidah. Aqidah ialah cabang ilmu dalam Islam yang membincangkan tentang kepercayaan atau keimanan kepada Allah SWT dan ajaran agama Islam yang lain. Oleh itu, pengajaran Aqidah sangat penting dalam membentuk kefahaman Islam yang betul.

Madrasah Assobirin bertujuan untuk membantu orang ramai dalam mempelajari Aqidah secara mendalam dan tuntas, serta mengembangkan kemampuan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Beberapa kitab yang akan dipelajari di Madrasah Assobirin antaranya Hasyiah Syarqawi, Tuhfatul Murid, Hasyiah Dusuki, Hasyiah Ibnu Amir, dan Sughra-sughra.

Melalui pengajaran kitab-kitab ini, para pelajar diharapkan dapat memahami prinsip-prinsip asas Aqidah dan dapat memahami pelbagai konsep penting dalam ilmu Aqidah. 

Roadmap Senarai Kitab Yang Akan Dipelajari

Pengenalan Ringkas Kitab-Kitab
Yang Akan Dibaca

Kitab Pertama:
Hasyiah Syarqawi

Kitab ini adalah karangan Syeikh Abdullah Syarqawi yang memberi komentar (Hasyiah) terhadap Syarahan Imam Hud-hudi terhadap Matan Ummi Barahin karangan Imam Sanusi. Kitab ini perlu dipelajari oleh penuntut ilmu setelah mempelajari kitab asas dalam ilmu Tauhid.

Kenapa saya perlu belajar kitab ini :

1. Ianya adalah syarahan kepada sumber utama ilmu Aqidah Ahlu Sunnah wal Jamaah iaitu Matan Ummu Barahin.

2. Hasyiah Syeikh Abdullah asy-Syarqawi ini memberi satu indikasi bahawa fahaman Aliran Asyairah masih kukuh di Dunia Islam. Walaupun pada masa itu, pemikiran Barat sedang marak seiring dengan kedatangan Napoleon dan penjajahan Perancis di Mesir.

3. Hasyiah Syeikh al-Azhar ke-12 ini membawa kaum muslimin dalam memahami dan meyakini Tauhid yang menjadi tiang utama aqidah Islam.

Kitab Kedua:
Tuhfatul Murid

Kitab Tuhfatul Murid merupakan kitab yang dikarang oleh Al Alim Al Allamah Syeikh Ibrahim Al Bajuri. Kitab ini merupakan syarah kepada Matan Jauharah Tauhid karangan Imam Ibrahim al-Laqqani. Kitab ini sangat masyhur dan berperanan agung dalam dunia Islam sehingga dijadikan silibus di Universiti Al Azhar.

Kitab ini sangat penting untuk dipelajari. Gaya bahasa dan ibarat kitab juga memudahkan untuk penuntut ilmu mempelajarinya.

Kitab Ketiga:
Hasyiah Dusuqi

Syeikh Dusuki memberikan catatan hasyiah bagi teks-teks tertentu dalam Syarah Ummu Barahin. Dalam kitab ini dibahas pelbagai isu dalam ilmu kalam seterusnya dihuraikan juga argumen/penghujahan naqli dan aqli atas berbagai tajuk. Dengan pembahasan sistematis dan luas.

Kitab ini dijadikan rujukan utama dalam pembahasan ilmu tauhid ahlu sunnah wal jama’ah dari kalangan Asy’ariyah.

Sebagai kitab tauhid yang ditulis di masa awal penyusunan ilmu, kitab ini tidak disusun berdasarkan bab atau sub bab. Oleh kerana itu, kami di Darul Fateh menjadikan kitab ini sebagai aturan ketiga dalam Madrasah Aqidah ini.

Sedikit biodata berkenaan Syeikh Dusuki.

Syeikh Muhammad Al-Dasuki merupakan seorang tokoh sufi yang sangat terkenal. Beliau juga merupakan pengasas salah satu tarekat sufi bernama Tarekat Dasuqiyah atau juga dikenal dengan Tarekat Burhamiyyah.

Kitab Keempat:
Hasyiah Ibnu Amir

Hashiyah Ibn al-Amir ‘ala Ithaf al-Murid Syarh Jawharah al-Tawhid, karya Ibn al-Amir  al-Imam Muhammad bin Muhammad bin Ahmad bin Abd al-Qadir bin Abd al-Aziz (1232H).

Ianya adalah silsilah kitab keempat yang akan dibaca dalam Madrasah As-Sobirin (Syukbah Aqidah)

Ianya adalah Hasyiah kepada syarahan Syeikh Abdul Salam iaitu anak kepada Imam Ibrahim Laqqani. Syarahan tersebut dinamakan sebagai Ithaf al-Murid yang memperjelas maksud dan komentar terhadap matan Jauharah Tauhid. Setelah belajar kitab Tuhfatul Murid, kitab ini adalah aturan yang mesti dipelajari oleh penuntut ilmu terutama yang ingin mendalami dan memperkukuh ilmu Aqidah Ahlu Sunnah wal Jamaah.

Kitab Kelima:
Hasyiah Sughra-sughra

5) Sughra-sughra

Kitab ini adalah syarahan Imam Sanusi sendiri bagi kitabnya Muqaddimah Sughra. Kitab ini adalah silsilah terakhir bagi Madrasah Aqidah kerana kepentingan untuk belajar kitab lain sebagai tangga untuk memahami kitab ini.

*Kitab di atas akan dibaca secara berturutan mengikut (Roadmap) peta jalan di atas. Maksudnya kita akan baca Hasyiah Syarqawi sampai khatam dahulu baru akan baca kitab Tuhfatul Murid dan seterusnya.

Pengajian Madrasah Assobirin
ini akan disampaikan oleh:

Al-Fadhil Ustaz Sofuan Shaberi

Guru Pondok Tunjong & Tenaga Pengajar Darul Fateh

Biodata Tuan Guru

Ustaz Muhammad Sofuan bin Shaberi adalah salah seorang tenaga pengajar Pondok Tunjong merangkap Guru di Pusat Pengajian Darul Fateh. Beliau memulakan pengajian kitab turath seawal umur 14 tahun lagi iaitu ketika menuntut ilmu di Maahad Muhammadi Lelaki.

Pada ketika tersebut, beliau banyak ulang alik ke Pondok Pasir Tumboh dan Pondok Tunjong terutama apabila musim cuti sekolah. 

Minatnya kepada ilmu turath sangat mendalam sehingga beliau menetap di Pondok Tunjong selepas STAM untuk mengikuti pengajian di sana sebelum menyambung pengajian ke Universiti al-Azhar, Mesir.

Sebelum berangkat ke Mesir, beliau sudah mulazamah bertalaqqi dengan beberapa orang guru antaranya TG Azrihisham, TG Yusuf, TG Hj Mat, TG Ayah Mat Beris dan lain-lain. Menariknya, sepulangnya beliau daripada Mesir, beliau terus istiqamah belajar dengan guru tersebut sehingga ke hari ini.

Bakat besar beliau dalam bidang turath sudah dikesan seawal Tingkatan 5, pada waktu tersebut beliau sudahpun membacakan kitab-kitab turath kepada adik-adik junior di Maahad Muhammad Lelaki, Kota Bharu.

Justeru, sehingga sekarang beliau aktif membacakan kitab turath @ kitab kuning kepada pelajar di Pondok Tunjong dan Pusat Pengajian Darul Fateh serta di masjid-masjid sekitar Kelantan.

Maka, pemilihan beliau untuk memimpin Madrasah as-Sobirin adalah keputusan yang tepat kerana pengalaman yang luas dalam bidang Turath dan beliau sendiri belajar kitab-kitab dalam Madrasah ini secara kulit-ke kulit daripada guru-gurunya.

Latar belakang pengajian

SK Pangkal Nering
Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu (2002-2008)
Pondok Tunjong (2003 – sekarang)
Universiti al-Azhar, Mesir (2009-2015)
Kolej Universiti Sultan Ismail Petra (2015-2017)

Kenapa perlu belajar Ilmu Aqidah
dengan bimbingan Ustaz Sofuan Shaberi

Kenali
Pusat Pengajian Darul Fateh

Darul Fateh adalah sebuah platform digital atas talian yang ditubuhkan untuk memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk belajar agama melalui kaedah talaqqi secara tersusun dan berperingkat. Idea untuk menubuhkan platform ini adalah untuk menyelesaikan kesukaran orang awam dalam menghadiri majlis talaqqi kitab agama kerana kekangan masa dan peluang yang ada. Dengan menggunakan platform online, semua orang boleh belajar agama tanpa terlepas mana-mana kelas dan dapat ditonton berulang kali pada bila-bila masa sahaja.

 

Untuk pengetahuan anda juga kami telah menjalankan pengajian sebanyak 30 lebih pengajian berkitab sepanjang 2 tahun

Screenshot daripada halaman senarai pengajian di dalam laman web rasmi darul Fateh.

Apa kata pelajar yang telah menyertai Kelas Pengajian Kami

" Saya amat berpuas hati dengan Darul Fateh kerana ia memberi peluang kepada saya untuk belajar agama dengan lebih mudah dan fleksibel. Saya juga boleh menonton kembali kelas-kelas sebelum ini dan menambah pemahaman saya dalam bidang agama. "
Ahmad Arif, 23 Tahun
Mahasiswa UIS
"Sebagai seorang yang bekerja sepenuh masa, saya memerlukan platform seperti Darul Fateh untuk mengikuti kelas-kelas agama. Saya amat menghargai cara penyampaian yang jelas dan mudah difahami, dan juga adanya forum diskusi yang membolehkan saya bertanya soalan."
Arifah, 25 Tahun
Graduan Universiti UIAM
"Darul Fateh merupakan platform yang sangat baik untuk orang-orang yang ingin mempelajari agama dalam suasana yang mesra dan fleksibel. Saya sangat berterima kasih kerana adanya platform ini yang membolehkan saya meningkatkan ilmu agama dengan lebih mudah."
Anas, 25 Tahun
Mahasiswa Universiti Al Azhar Mesir
"Saya memulakan pengajian dengan Darul Fateh sebagai seorang yang kurang berpengetahuan tentang agama, namun sekarang saya merasakan bahawa saya telah memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang Islam. Saya amat menghargai usaha dan kesungguhan guru-guru dalam membantu kami mempelajari agama dengan lebih baik."
Amirah, 30 Tahun
Graduan Master UM

Semua testimoni ini menunjukkan bahawa Darul Fateh adalah sebuah platform yang berkesan dan memberi impak yang positif dalam bidang pengajian agama secara atas talian.

Pengajian Ini Ada Sediakan Rakaman Ke?

YA. Sudah Pasti!

Pengajian Madrasah Assobirin di bawah Darul Fateh menyediakan rakaman penuh untuk semua kelas-kelas yang dijalankan. Ini bermakna, para pelajar yang terlepas kelas atau ingin menonton semula kelas-kelas sebelumnya, boleh mengakses rakaman tersebut melalui platform yang kami sediakan dan menonton kembali kelas-kelas tersebut pada bila-bila masa yang sesuai untuk mereka.

Dengan adanya rakaman penuh, pelajar juga boleh merujuk semula kepada nota-nota dan bahan-bahan pengajaran yang disediakan oleh guru-guru di dalam kelas. Ini membolehkan pelajar memperdalamkan pemahaman mereka dan mengukuhkan lagi aspek-aspek yang kurang difahami dalam pembelajaran mereka.

Penggunaan rakaman penuh dalam pengajian Madrasah Assobirin di bawah Darul Fateh ini memperlihatkan bahawa platform ini amat mengambil berat tentang kemudahan dan kesesuaian dalam pembelajaran di dalam kalangan pelajarnya.

Bagaimanakah Bentuk Rakaman Akan Diberikan?

Screenshot daripada halaman sistem portal pelajar yang telah dibangunkan oleh darulfateh.com

Akses Rakaman pengajian akan diberikan melalui Sistem Portal Pelajar yang dibangunkan khas kepada pelajar Darul Fateh untuk mengulangi rakaman pengajian.

1. Tontonan Rakaman Tanpa Had

Rakaman penuh yang disediakan dalam Sistem Portal Pelajar membolehkan para pelajar menonton kelas-kelas pengajian secara tanpa had. Ini bermakna, pelajar boleh menonton rakaman sebanyak mana yang mereka perlukan, pada bila-bila masa yang sesuai untuk mereka, dan setiap kali mereka ingin menonton kembali kelas yang sama.

2. Rakaman Disusun dengan Rapi Bermula Daripada Awal Pengajian Hingga Khatam:

Rakaman kelas yang disediakan dalam Sistem Portal Pelajar disusun dengan rapi, bermula daripada awal pengajian sehingga khatam. Ini membantu pelajar memahami dan mengikuti kelas-kelas pengajian dengan lebih mudah dan tersusun.

3. Fungsi Bookmark Bagi Setiap Pengajian:

Sistem Portal Pelajar juga menyediakan fungsi bookmark yang membolehkan pelajar menyimpan rekod tontonan mereka, dan melanjutkan menonton dari tempat mereka terhenti sebelumnya. Ini memudahkan para pelajar dalam memantau kemajuan pembelajaran mereka dan tidak perlu mencari-cari tempat yang mereka berhenti sebelumnya.

4. Disediakan Sijil Penyertaan Pengajian Berbentuk Digital:

Setelah menamatkan pengajian, pelajar akan menerima sijil penyertaan pengajian dalam bentuk digital. Sijil ini memberi pengiktirafan kepada pelajar atas usaha mereka dalam menyelesaikan pengajian dan dapat digunakan sebagai bukti pengalaman dan pencapaian akademik.

Dengan Sistem Portal Pelajar Darul Fateh, pelajar boleh mengakses pelbagai kelas mengaji secara fleksibel dan boleh menguruskan masa belajar mereka sendiri. Selain itu, penggunaan teknologi dalam pembelajaran membolehkan pelajar mempelajari pelbagai topik dengan lebih efektif dan berkesan, tanpa dihadkan oleh jarak atau masa.

Saya Dah Jelas,
Macam Mana Nak Daftar?

Daftar pengajian dengan ikuti 3 langkah mudah.

1. Isi Maklumat Di Borang Pendaftaran

Isi maklumat anda seperti nama, no. telefon & email di ruangan borang pendaftaran.

2. Masukkan Butiran Kad

Masukkan Butiran Kad ATM/Debit atau Kad Kredit anda di ruangan pembayaran

3. Tekan Butang Daftar Sekarang

Tekan butang Daftar Sekarang untuk menyempurnakan pendaftaran.

DAFTAR SEGERA

Jom Daftarkan Segera dengan Harga Promosi Sekarang

Soalan-Soalan Lazim

Ya, buat masa sekarang kami akan adakan kelas ini secara bulanan sebanyak 12 Kelas sebulan bersamaan 3 kelas seminggu pada hari Ahad, Isnin dan Selasa.

Buat masa sekarang kami adakan Yuran Peserta Yang Daftar Awal hanya RM50 sebulan. Dan yuran ini akan naik apabila melebihi kuota yang telah ditetapkan.

Untuk pembayaran, kami hanya menerima pembayaran melalui Kad ATM/Debit / Kad Kredit sahaja.

Pembayaran pertama akan ditolak pada akaun bank Tuan/puan pada 26 Mei 2023. Jadi, Setiap bulan akan ditolak secara automatik setiap 26 haribulan pada setiap bulan.

Boleh Sahaja transfer nanti kena hubungi admin. 

Cuma kami sangat sarankan untuk membuat pembayaran melalui Kad Debit atau Kad Kredit.

Ya boleh, anda boleh batalkan langganan anda pada bila-bila masa dengan menghubungi Admin kami.

wa.me/601111916346

Tiada apa-apa cas tersembunyi yang akan dikenakan.

MONEY BACK GUARANTEE

Jika anda sudah tonton semua Live, video daurah, belajar ilmu dan lakukan tindakan dengan ilmu yang telah dikongsikan tetapi tiada sebarang manfaat yang ada perolehi dalam masa 30 hari, kami sedia pulangkan wang anda semula tanpa banyak soal.

KAMI MENERIMA BAYARAN SEPERTI DIBAWAH: