Kitab ini membahaskan berkaitan masalah Feqah Munakahat yang wajib mesti dipelajari oleh mereka yang ingin berkahwin. Kitab ini juga menjadi rujukan cepat bagi asatizah sebelum mereka membuka kitab-kitab lain yang lebih besar. Selain itu, kitab ini disusun dalam bentuk nombor untuk memudahkan pembaca. Diletakkan nota kaki rujukan daripada kitab-kitab yang muktabar dalam Mazhab Syafie.
Kitab ini mencakupi masalah Feqah Munakahat yang sering berlaku dalam masyarakat dan disertakan ta’liq dan nota kaki syarahan ringkas bagi ibarat, perkataan dan dhomir. (perenggan baru) Kitab ini sangat bagus untuk dihadam terutama kepada mereka yang ingin mendirikan rumah tangga supaya rumah tangga yang didirikan disuluhi dengan ilmu.
Penulis adalah anak jati Kelantan berasal daripada Binjai, Kubang Kerian. Setelah menamatkan Sijil Tinggi Agama Malaysia di Maahad Amir Indra Petra, beliau melanjutkan pengajian ke Universiti al- Azhar Mesir. Berpengalaman sebagai Fasilitator di Itqan Training & Consultancy dan banyak menjalankan ceramah umum dan kuliah agama berkitab.
Setelah 8 tahun berkelana mencari ilmu di Mesir, beliau pulang ke Malaysia dan sempat bertugas sebagai Pensyarah Sambilan di Universiti Malaya, Bachok. Graduan Universiti al-Azhar dalam bidang Bahasa Arab ini sekarang sedang berkhidmat di Pondok as-Sohabah, Kok Lanas. Beliau juga pengasas kepada Pusat Pengajian Darul Fateh (darulFateh.com).
RM197.00
Darul Fateh Global | 202103134651 (RA0071691-A) | No. 13 Jalan Hospital Kedai MPKB Berek 12, 15200 Kota Bharu, Kelantan