Promo sepanjang Ramadan diskaun sebanyak 30% untuk semua daurah Darul Fateh

Loading...

RM80.00

Pengajian Ini mengandungi:
Loading...

Daurah Mutammimah Ajrumiah

Kitab karangan Syeikh Hattab ini adalah pelengkap kepada Kitab Matan Ajrumiah. Kitab berperanan menyempurnakan perbahasan ilmu Nahu yang tidak disebut dalam Matan Ajrumiah.
Pengajian Ini mengandungi:
Tahap Pengajian:  Mubtadi

Pengenalan ringkas pengajian

Kitab ini adalah tingkatan kedua setelah pelajar mempelajari Matan Ajrumiah. Mutammimah bermaksud “Pelengkap”. Sebagaimana namanya ia adalah pelengkap kepada Matan Ajrumiah. Seolah-olah apabila pelaajr belajar Matan Ajrumiah tetapi mengabaikan matan ini, pengajian tatabahasa Bahasa Arab masih belum lengkap.

 

Selain itu, kitab ini juga membahaskan secara terperinci kaedah-kaedah yang terdapat dalam matan dan menjadi satu kemestian belajar ilmu ini untuk mendapatkan kefahaman menyeluruh berkaitan ilmu Nahu. Syeikh al-Hattab mengarang kitab ini dengan tujuan menjadikannya tangga bagi pelajar Mubtadi` untuk melangkah kepada kitab Nahu aras tinggi.

Silibus Pengajian

علامات الإعراب
الاسم الذي لا ينصرف
النكرة والمعرفة
باب المرفوعات
باب المنصوبات
باب المخفوضات
إعراب الأفعال

Sijil Pengajian

Sijil Penyertaan Daurah

Tenaga Pengajar

Ustaz Khairul Faris

Pelajar Cemerlang SPM dan STAM Maahad Amir Indra Petra, Kelantan.

 

Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab, Universiti al-Azhar (2012-2016)

 

Sarjana Bahasa Arab (Lughawiyyah), Fakulti Ulum Islamiah, Universiti al-Azhar (2018-sekarang)

 

Beliau sekarang berada di Mesir dan sedang menyempurnakan tesis diperingkat Sarjana.

 

RM80.00