Promo sepanjang Ramadan diskaun sebanyak 30% untuk semua daurah Darul Fateh

Loading...

RM157.00

Pengajian Ini mengandungi:
Loading...

Daurah Penawar Bagi Hati

Kitab ini karangan Syeikh Abdul Qadir al-Mandiliy ini adalah manhaj pengajian Tasawwuf yang diajar di pondok-pondok di seluruh Malaysia, Fathoni dan Indonesia.
Pengajian Ini mengandungi:
Tahap Pengajian:  Mubtadi

Pengenalan ringkas pengajian

Penawar Bagi Hati adalah sebuah kitab tasawuf yang menjadi rujukan sepanjang zaman. Kitab ini terkenal dalam kalangan pengajar dan pelajar yang mengikuti pengajian di masjid-masjid ataupun pondok.

Di dalamnya membincangkan aspek fizikal dan rohani setiap insan, merangkumi tujuh anggota fizikal yang berperanan dalam melakukan ibadah kebaikan mahupun keburukan.

Anggota itu adalah mata, telinga, lidah, perut, faraj, kedua-dua tangan dan kaki. Kemudian, diikuti dengan kriteria 10 sifat mazmumah dan 10 sifat mahmudah yang semuanya berpangkalan dan berpusat pada hati.

Pelajar akan mendapatkan PDF Ringkasan Penawar Bagi Hati karangan TG Azrihisham sendiri.

Silibus Pengajian

1) Perihal tujuh anggota iaitu mata, telinga, lidah, perut, faraj, tangan dan kaki
2) Penyakit-penyakit hati seperti Tamak terhadap makanan, Banyak berkata-kata, Marah, Dengki, Kedekut, Bangga diri, Cintakan dunia, Takabbur, Ujub, Riyak
3) Cara menyucikan hati daripada dosa-dosa tersebut
4) Sifat-sifat terpuji seperti taubat, takut kepada Allah, Zuhud, Sabar, Syukur, Ikhlas, Tawakkal, Kasih akan Allah, Ingat kepada mati
5) Fasal Solat, sunat dalam solat, perkara yang membatalkan solat

Sijil Pengajian

Sijil Penyertaan Daurah

Tenaga Pengajar

Tuan Guru Azri Hisyam

Tuan Guru merupakan bekas pelajar Pondok Pasir Tumboh.

Beliau terpilih mengikuti pengajian di Kuliah Pondok yang mana penilaian kemasukan ke sana sangat ketat. Beliau aktif berdakwah, memimpin pengajian berkitab dan tazkirah di seluruh Kelantan sejak puluhan tahun.

Seusai belajar, beliau terus berkhidmat mengajar dan mendidik masyarakat di seluruh Kelantan. Hasil karya beliau yang terbaru adalah Ringkasan Kitab Penawar Bagi Hati.

RM157.00