Khas untuk pelajar agama yang ingin mendalami ilmu nahu dari kulit ke kulit secara turathi.
Kitab al-Ajurumiah ada kitab asas Nahu yang sangat tersohor. Bagi mereka yang ingin mendalami ilmu tatabahasa bahasa Arab, kitab ini adalah tangga pertama sebelum anda mendalami kitab Nahu yang lebih tinggi.
Imam as-Suyuthi menyatakan bahawa kitab ini disusun dengan menggunakan kaedah Mazhab Kufah. Hal ini kerana istilah yang digunakan seperti خفض Khafadh bukannya jar.
Sebahagian ulamak mengatakan kitab ini ditulis dihadapan kaabah. Syeikh Zaini Dahlan mengatakan setelah siap dikarang, Syeikh Sonhaji melemparkan kitab Ajrumiah ke lautan, jikalau kitab ini dibuat atas dasar keikhlasan dan mengharap redha Allah SWT maka ia tidak akan basah. Menakjubkan, yang terjadi adalah sedemikian kitab tersebut tidak basah dan masih kekal seperti biasa.
Alhamdulillah sehingga hari ini kita dapat menikmati hasil tulisan karya agung ini.
Ayuh daftar segera!
Peluang keemasan sebegini bukan selalu ada.
Jika anda ingin mendalami ilmu Nahu, maka Daurah ini adalah permulaan yang baik untuk anda.
Belajar nahu untuk faham Al-Quran.
Klik butang kuning dibawah.
Daftar Pengajian Sekarang
Peta Minda ini bertujuan untuk memudahkan pelajar memahami konsep ilmu nahu dengan lebih jelas. Ia juga membantu menjelaskan ibarat kitab. Peta Minda ini disediakan oleh tenaga pengajar khusus untuk semua peserta Daurah
Sistem pengajian turath sangat menekankan sanad kitab kerana ia adalah silsilah yang menyampaikan seorang penuntut ilmu kepada pengarang asal kitab. Di akhir daurah, peserta akan mendapat sanad kitab daripada yang bersambung dengan Pengarang Ajrumiah.
Peserta juga akan mendapat Sijil penyertaan Daurah daripada Pihak Darul Fateh yang mana di dalam sijil ini akan dicetak nama khusus setiap peserta dan setiap sijil mempunyai no. rujukan masing-masing.
Kata guru kami: antara pengikat antara seorang penuntut ilmu dengan kitab ialah dhobit ataupun catatan yang ditulis semasa pengajian. Jadi, penting bagi penuntut ilmu untuk menjaga dhobit-dhobit kitab supaya dhobit yang kita tulis itu dapat difahami dan dapat menjadi rujukan kepada kita kelak. Oleh itu, kami ingin berkongsi sebuah poster berkaitan Simbol ataupun Rumus Dhobit kitab yang kebiasaan ramai guru-guru menggunakan simbol ini sebagai rujukan bagi dhobit kitab mereka.
Akses rakaman penuh daurah selama seumur tahun untuk anda dan anda boleh tonton pada bila-bila masa sahaja.
p/s: Setiap pelajar akan dapat akses khas rakaman dalam setiap akaun masing-masing.
Kami juga menyediakan PDF Kitab Ajrumiah kepada para pelajar dan Pelajar juga boleh membuat salinan hard copy sebagai rujukan persendirian
Ayuh daftar segera!
Peluang keemasan sebegini bukan selalu ada.
Jika anda ingin mendalami ilmu Nahu, maka Daurah ini adalah permulaan yang baik untuk anda.
Belajar nahu untuk faham Al-Quran.
Klik butang kuning dibawah.
Untuk pendaftaran secara manual di WhatsApp, anda boleh buat pembayaran ke akaun Maybank
5531 3104 4508
Darul Fateh Global