Belajar Sirah Nabawiyah Dari Ahli nya, Buat Pedoman Zaman Kini.
Adakah anda minat baca buku-buku Sirah ?
Anda seorang pengkaji Sirah Nabawiyah?
Anda ingin belajar kitab sirah secara tersusun, menyeluruh, berkitab dan berguru ?
Program ini khas untuk anda! anda juga bakal didedahkan dengan kaedah khusus bagaimana mengeluarkan faedah dan manfaat dari sirah nabawiyah.
Akademi Sirah Mustanirah adalah sebuah program yang diasaskan oleh Fadhilatus Syeikh Dr Muhamad Sai’d Bakar. Program ini bertujuan untuk melahirkan individu yang menguasai secara menyeluruh peristiwa-peristiwa dalam Sirah Nabawiyah. Akademi Sirah Mustanirah ini dilaksanakan secara tersusun dan mempunyai manhaj yang tersendiri.
.
Program ini merangkumi beberapa fasa, bermula dari pengenalan awal secara umum tentang sirah, seterusnya mempelajari kitab-kitab sirah secara teliti. Berikutan kehadiran Syeikh Dr Muhamad Sai’d Bakar ke bumi Kelantan, kami membawakan kepada anda program tersebut supaya kita dapat sama-sama mengambil manfaat dengan pengasas akademi sendiri.
Program sepenuhnya dalam bahasa arab.
Menarik kan? Jom rebut peluang, daftarkan diri anda dalam program ini.
Program pengajian sirah nabawiyah berbentuk akademi adalah julung-julung kali diadakan. Anda bukan hanya belajar sirah dari kitab bersama Syeikh, tetapi diasuh kemahiran berkaitan sirah.
Program ini sepenuhnya dalam bahasa Arab, menggunakan rujukan, nota dan kitab Arab. Hal ini memudahkan para peserta dalam mempelajari sumber-sumber sirah yang lain dalam bahasa Arab.
Menariknya, Matan Zubdah Mustanirah, Kitab Sirah Mustanirah dan Al-Qayyim Nabawiyyah yang bakal digunakan adalah hasil tangan Syeikh Dr Muhamad Sai’d Bakar sendiri .
Syeikh Dr Muhammad Sai’d Bakar telah menyelia Akademi ini sejak dari tahun 2020 lagi.
Menurut pengasas ketika ditanya berkenaan nama ‘Sirah Mustanirah’ ini ; “Kami suka mengaitkan nama ini dengan salah satu kitab yang membahaskan sirah. Antara kitab-kitab tersebut ialah Kitab Sirah Mustanirah (yang bercahaya dengan cahaya wahyu… ia tidak bercahaya dengan sendirinya melainkan kerana hubungannya dengan wahyu mulia).
Bagi 50 peserta terawal, anda akan mendapatkan EMPAT BUAH KITAB beserta postage secara percuma. Semua ini bernilai Rm 100. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk memiliki kitab karangan Syeikh sendiri yang akan dibacakan dalam Akademi ini nanti.
Peserta Akademi Sirah Mustanirah berpeluang mengikuti Majlis Bacaan Hadis yang bernilai RM 95 secara PERCUMA. Majlis ini akan membacakan sambungan kitab Lukluk wal Marjan sampai khatam dan Kitab Ilmu daripada Sahih Bukhari. Peserta juga akan mendapat sanad terus daripada Syeikh Muhammad Saied Bakar.
PDF ini adalah Terjemahan Kitab Fathul Mu’in yang membahaskan mengenai Perbahasan Puasa.
PDF sebanyak 78 muka surat ini sangat membantu pelajar untuk memahami hukum hakam Puasa dengan lebih baik.
Kitab Mabadi’ Awwaliyah adalah kitab asas yang membahaskan ilmu Usul Feqah dan Qawaied Feqhiyyah. Daurah ini juga telah disampaikan oleh Ustaz Khairul Anuar pada tahun lepas.
Jadi, ianya sangat baik bagi sesiapa yang ingin mendalami berkaitan dengan bidang Usul Feqah dan Qawaied Feqhiyyah.
Darul Fateh adalah sebuah platform digital atas talian yang ditubuhkan untuk memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk belajar agama melalui kaedah talaqqi secara tersusun dan berperingkat. Idea untuk menubuhkan platform ini adalah untuk menyelesaikan kesukaran orang awam dalam menghadiri majlis talaqqi kitab agama kerana kekangan masa dan peluang yang ada. Dengan menggunakan platform online, semua orang boleh belajar agama tanpa terlepas mana-mana kelas dan dapat ditonton berulang kali pada bila-bila masa sahaja.
Untuk pengetahuan anda juga kami telah menjalankan pengajian sebanyak 60 lebih pengajian berkitab sepanjang 3 tahun
Screenshot daripada halaman senarai pengajian di dalam laman web rasmi darul Fateh.
Semua testimoni ini menunjukkan bahawa Darul Fateh adalah sebuah platform yang berkesan dan memberi impak yang positif dalam bidang pengajian agama secara atas talian.
Pengajian di bawah Darul Fateh menyediakan rakaman penuh untuk semua kelas-kelas yang dijalankan. Ini bermakna, para pelajar yang terlepas kelas atau ingin menonton semula kelas-kelas sebelumnya, boleh mengakses rakaman tersebut melalui platform yang kami sediakan dan menonton kembali kelas-kelas tersebut pada bila-bila masa yang sesuai untuk mereka.
Dengan adanya rakaman penuh, pelajar juga boleh merujuk semula kepada nota-nota dan bahan-bahan pengajaran yang disediakan oleh guru-guru di dalam kelas. Ini membolehkan pelajar memperdalamkan pemahaman mereka dan mengukuhkan lagi aspek-aspek yang kurang difahami dalam pembelajaran mereka.
Penggunaan rakaman penuh dalam pengajian di bawah Darul Fateh ini memperlihatkan bahawa platform ini amat mengambil berat tentang kemudahan dan kesesuaian dalam pembelajaran di dalam kalangan pelajarnya.
Screenshot daripada halaman sistem portal pelajar yang telah dibangunkan oleh darulfateh.com
Akses Rakaman pengajian akan diberikan melalui Sistem Portal Pelajar yang dibangunkan khas kepada pelajar Darul Fateh untuk mengulangi rakaman pengajian.
Rakaman penuh yang disediakan dalam Sistem Portal Pelajar membolehkan para pelajar menonton kelas-kelas pengajian secara tanpa had. Ini bermakna, pelajar boleh menonton rakaman sebanyak mana yang mereka perlukan, pada bila-bila masa yang sesuai untuk mereka, dan setiap kali mereka ingin menonton kembali kelas yang sama.
Rakaman kelas yang disediakan dalam Sistem Portal Pelajar disusun dengan rapi, bermula daripada awal pengajian sehingga khatam. Ini membantu pelajar memahami dan mengikuti kelas-kelas pengajian dengan lebih mudah dan tersusun.
Sistem Portal Pelajar juga menyediakan fungsi bookmark yang membolehkan pelajar menyimpan rekod tontonan mereka, dan melanjutkan menonton dari tempat mereka terhenti sebelumnya. Ini memudahkan para pelajar dalam memantau kemajuan pembelajaran mereka dan tidak perlu mencari-cari tempat yang mereka berhenti sebelumnya.
Setelah menamatkan pengajian, pelajar akan menerima sijil penyertaan pengajian dalam bentuk digital. Sijil ini memberi pengiktirafan kepada pelajar atas usaha mereka dalam menyelesaikan pengajian dan dapat digunakan sebagai bukti pengalaman dan pencapaian akademik.
Dengan Sistem Portal Pelajar Darul Fateh, pelajar boleh mengakses pelbagai kelas mengaji secara fleksibel dan boleh menguruskan masa belajar mereka sendiri. Selain itu, penggunaan teknologi dalam pembelajaran membolehkan pelajar mempelajari pelbagai topik dengan lebih efektif dan berkesan, tanpa dihadkan oleh jarak atau masa.
Daftar pengajian dengan ikuti 3 langkah mudah.
Isi maklumat anda seperti nama, no. telefon & email di ruangan borang pendaftaran.
Pilih kaedah pembayaran, anda boleh lakukan pembayaran menggunakan FPX atau melalui Kad Debit atau Kad Kredit.
Tekan butang Daftar Sekarang untuk menyempurnakan pendaftaran.
Jangan lepaskan peluang keemasan untuk bersama-sama dalam majlis yang penuh berkat ini.
Yuran Promosi hanya khusus bagi 50 Peserta Terawal Sahaja.
Dapatkan diskaun RM10 dengan masukkan Kod Kupon ‘SAF10’ ketika ‘Checkout’
Jika anda sudah tonton semua video daurah, belajar ilmu dan lakukan tindakan dengan ilmu yang telah dikongsikan tetapi tiada sebarang manfaat yang ada perolehi dalam masa 30 hari, kami sedia pulangkan wang anda semula tanpa banyak soal.