Pengajian Sedang Berjalan Sekarang. Tarikh Mula Pengajian pada 7 Februari 2023. 

Rakaman Penuh Pengajian Disediakan Sepenuhnya pada awal pengajian sehingga akhir pengajian.

Berminat mempelajari Kitab Arab namun jarang berpeluang ?
Sibuk dengan urusan seharian, tapi masih berminat untuk belajar secara online ?
Nak belajar di pondok, tetapi masa tidak mengizinkan.

Persoalan diatas sering bermain dalam fikiran menyebabkan sering terlepas peluang belajar kitab Arab dari kulit ke kulit.

Memperkenalkan:
Daurah Ayyuhal Walad

Pengenalan Kitab

Pengenalan Ringkas Kitab Ayyuhal Walad

Kitab Ayyuhal Walad pada asalnya ditulis di dalam Parsi, kemudian disebabkan kepentingan dan manfaatnya yang besar di dalam kandungan kitab ini, ia kemudiannya diterjemah ke dalam Bahasa Arab. Ia kemudiannya diterjemah ke dalam pelbagai bahasa-bahasa selepas daripada itu.

 

Shaykh Sa’id Foudah telah meletakkan tarikh (secara anggaran) terhadap karya-karya yang ditulis al-Ghazali. [3] Hasil didapati bahawa kitab Ayyuhal Walad ditulis pada sekitar 500 hijrah, iaitu ketika beliau mengajar di Madrasah al-Nizhamiyyah Naysabūr dan sudah hampir dengan ajalnya. 

 

Tujuan al-Ghazali menulis kitab ini adalah untuk menunaikan permintaan salah seorang anak murid beliau untuk memberikannya nasihat yang ringkas, di dalam beberapa helaian kertas yang boleh dia berpegang dengannya sehingga akhir hayatnya dan juga meminta diajarkan doa yang paling bermanfaat buatnya, setelah mana anak murid tersebut menghabiskan kebanyakan umurnya dalam mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan dan telah menguasai perincian-perincian ilmu yang dalam.

 

Memandangkan ia merupakan antara karya terakhir yang ditulis al-Ghazali, nasihat-nasihat yang dilontar seolah menyebut semula pengajaran hidup yang telah ditempuhi oleh al-Ghazali seperti hendaklah menjauhi perdebatan, jangan tertipu dengan kiasan-kiasan kalam sufi, hendaklah menjauhi para pemerintah dan pembesar, dan sebagainya.

 

Kitab ini walaupun ia nipis, tetapi ia memuatkan lebih kurang 24 nasihat yang sangat bermakna kepada anak murid kesayangannya kemudian disertai dengan doa yang memberi kesan dalam di pengakhiran kitab.

Pengenalan Pengarang Kitab Imam Ghazali

Nama Imam al-Ghazali sudah tidak perlu diperkenalkan lagi lantaran sumbangannya yang begitu banyak dalam dunia Islam. Nama dpenuh pemegang gelaran Hujjatul Islam ini adalah Muhamad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad al-Ghazali at-Tusi. 

 

Beliau lebih dikenali dengan panggilan Al-Ghazali kerana dinisbahkan kepada nama kampung tempat kelahirannya iaitu Ghazalah yg terletak dipinggir bandar Tusi di dalam wilayah Khurasan, Parsi, (Iran).

 

Abu Hamid alGhazali dilahirkan pada tahun 450 Hijrah di desa Ghazalah, di pinggir kota Tus, yang terletak pada hari ini di bahagian timur laut negara Iran, berdekatan dengan kota Mashhad, ibu kota wilayah Khorasan. Keluarga Abū Ĥāmid al-Ghazālī kuat beragama. Ayahnya bekerja menenun kain dari bulu biri-biri.

 

Abu Hamid Muhammad al-Ghazali Altusi adalah seorang tokoh ulama yang luas ilmu pengetahuannya dan merupakan seorang pemikir besar dalam sejarah falsafah Islam dan dunia. Dalam ilmu feqah, beliau bermazhab Syafie sementara dalam ilmu kalam beliau mengikuti aliran al-Asyaari atau Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Antara karya Imam al-Ghazali adalah :

  • Ihya’ Ulum al-Din
  • Bidayah al-Hidayah
  • Mizan al-A’mal
  • Minhaj al-Abidin
  • Al-Mustasfa Min Usul al-Fiqh
  • Al-Iqtisad Fi al-I’tiqad.
  • dan lain-lain.

Daurah ini akan disampaikan oleh:

Ustaz Sofuan Shaberi

Guru Pondok Tunjong & Tenaga Pengajar Darul Fateh

 

Kelebihan Anda Sertai Daurah Ini

1. Akses Rakaman Daurah (Seumur Hidup)

Darul Fateh akan menyediakan rakaman daurah di laman web kami. Setiap pelajar akan dapat akses rakaman melalui portal pelajar di darulfateh.com

2. E-Sijil Penyertaan

Peserta berdaftar akan mendapat e-sijil penyertaan Daurah setelah khatam.

3. Poster Simbol/Rumus Dhobit Kitab

Kata guru kami: Pengikat penuntut ilmu dengan kitab ialah Dhobit ataupun catatan yang ditulis semasa pengajian. Maka, sangat penting bagi penuntut ilmu untuk menjaga dhobit kitab supaya apa yang kita tulis dapat difahami dan menjadi rujukan kepada kita kelak.

Oleh itu, Poster Rumus Dhobit Kitab akan diberikan secara percuma kepada peserta berdaftar. Poster Dhobit ini adalah rumuz yang selalu digunakan oleh pelajar-pelajar Pondok untuk dhobit kitab mereka.

4. PDF Percuma bagi Kitab Ayyuhal Walad

Pelajar akan diberikan PDF kitab Ayyuhal Walad Arab & Rumi dan boleh untuk muat turun PDF tersebut dan print untuk tujuan pengajian.

5. Pengajian di Facebook Group

Pengajian akan berlangsung di Facebook Group Tertutup

Yang Lagi Menarik!

Bonus Eksklusif Menanti Anda Bernilai RM99.00!

PDF Terjemahan Fathul Mu'in Perbahasan Puasa bernilai RM30.00.

PDF ini adalah Terjemahan Kitab Fathul Mu’in yang membahaskan mengenai Perbahasan Puasa. 

 

PDF sebanyak 78 muka surat ini sangat membantu pelajar untuk memahami hukum hakam Puasa dengan lebih baik.

Rakaman Daurah Kitab Mabadi' Awwaliyah yang Bernilai RM69.00

Kitab Mabadi’ Awwaliyah adalah kitab asas yang membahaskan ilmu Usul Feqah dan Qawaied Feqhiyyah. Daurah ini juga telah disampaikan oleh Ustaz Khairul Anuar pada tahun lepas. 

 

Jadi, ianya sangat baik bagi sesiapa yang ingin mendalami berkaitan dengan bidang Usul Feqah dan Qawaied Feqhiyyah.

DAFTAR SEGERA

Dapatkan diskaun Rm 30 untuk 300 peserta terawal sahaja.

MONEY BACK GUARANTEE

Jika anda sudah tonton semua video daurah, belajar ilmu dan lakukan tindakan dengan ilmu yang telah dikongsikan tetapi tiada sebarang manfaat yang ada perolehi dalam masa 30 hari, kami sedia pulangkan wang anda semula tanpa banyak soal.

KAMI MENERIMA BAYARAN SEPERTI DIBAWAH:

Yuran Promo RM 30 untuk 300 peserta sahaja

Slot Berbaki
0