Pengajian Sedang Berjalan Sekarang. Tarikh Mula Pengajian pada 7 Februari 2023. 

Rakaman Penuh Pengajian Disediakan Sepenuhnya pada awal pengajian sehingga akhir pengajian.

Berminat mempelajari Kitab Arab namun jarang berpeluang ?
Sibuk dengan urusan seharian, tapi masih berminat untuk belajar secara online ?
Nak belajar di pondok, tetapi masa tidak mengizinkan.

Persoalan diatas sering bermain dalam fikiran menyebabkan sering terlepas peluang belajar kitab Arab dari kulit ke kulit.

Memperkenalkan:
Daurah Fathul Mu'in Bab Jual Beli

Pengenalan Kitab

Pengenalan Ringkas Fathul Mu'in

Kitab yang akan di daurahkan nanti merupakan Kitab Fathul Mu’in pada Perbahasan Jual Beli. Buat pengetahuan anda, kitab Fathul Mu’in ini adalah kitab berbahasa Arab dan ianya merupakan karangan Al-Allamah Syeikh Zainuddin Al-Malibari Al-Syafie ataupun dikenali sebagai Syeikh Zainuddin Al-Syafie. Kitab ini juga merupakan Syarah daripada matan yang bernama Qurrotul ‘Ain yang juga karangan Syeikh Zainuddin sendiri.

 

Seperti sedia maklum, di antara keunikan di dalam kitab Turath/Klasik adalah kebiasaannya akan terdapat Syarah ataupun Hasyiah yang dikupas oleh para Ulama ataupun pengarang kitab itu sendiri. Jadi dengan adanya Syarah & Hasyiah ini kita dapat memahami dengan lebih jelas dan terperinci berkaitan dengan apa yang ingin disampaikan oleh pengarang kitab.

Kenapa Daurah Ini Bab Muamalat Sahaja?

Kitab Fathul Mu’in adalah kitab penting dalam mempelajari ilmu Feqah. Ini kerana perbahasannya lengkap merangkumi empat cabang Feqah iaitu Ibadat, Muamalat, Munakahat dan Jinayah. 

 

Justeru untuk mempelajari kitab ini secara penuh pasti akan mengambil masa yang lama dan komitmen yang tinggi. 

 

Maka kami mengambil pendekatan lebih praktikal iaitu dengan mengadakan Daurah Feqah Muamalat Terjemahan Bab Jual Beli sahaja.

Apa Kelebihan PDF Terjemahan Ini?

1. Terjemahan yang telah disusun dengan baik dan teratur.

2. Disediakan ruang yang luas khusus untuk buat catatan/dhobit.

3. Terjemahan ini juga telah mengekalkan Teks Asal Kitab sebelum memulakan terjemahan.

4. Disediakan nota kaki bagi penjelasan istilah dan ibarat dalam kitab

Daurah ini akan disampaikan oleh:

Ustaz Khairul Anuar al-Barqi

Mudir Markaz Dakwah Wal Imamah

 

Latar Belakang Pengajian

Pondok Pasir Tumbuh

Universiti Al-Azhar

 

 

Antara Guru Beliau

Al Marhum Tuan Guru Haji Saleh

Tuan Guru Haji Mohammad

Syeikh Muhammad Nuruddin 

As Syahid Syeikh Imaduddin Iffat 

Syeikh Prof Dr Rifaat Fauzi 

Syeikh Rusydi Qalam Ad Dimasyqi

 

 

Pengalaman

Tenaga Pengkuliah Di Masjid dan Surau Negeri Kelantan (10 tahun)

Penterjemah Kitab Fathul Muin (Bab Jual Beli)

 

Kelebihan Anda Sertai Daurah Ini

1. Akses Rakaman Daurah (Seumur Hidup)

Darul Fateh akan menyediakan rakaman daurah di laman web kami. Setiap pelajar akan dapat akses rakaman melalui portal pelajar di darulfateh.com

2. E-Sijil Penyertaan

Peserta berdaftar akan mendapat e-sijil penyertaan Daurah setelah khatam.

3. Poster Simbol/Rumus Dhobit Kitab

Kata guru kami: Pengikat penuntut ilmu dengan kitab ialah Dhobit ataupun catatan yang ditulis semasa pengajian. Maka, sangat penting bagi penuntut ilmu untuk menjaga dhobit kitab supaya apa yang kita tulis dapat difahami dan menjadi rujukan kepada kita kelak.

Oleh itu, Poster Rumus Dhobit Kitab akan diberikan secara percuma kepada peserta berdaftar. Poster Dhobit ini adalah rumuz yang selalu digunakan oleh pelajar-pelajar Pondok untuk dhobit kitab mereka.

4. PDF Percuma bagi Terjemahan Fathul Mu'in Bab Jual Beli

Pelajar akan diberikan PDF kitab Terjemahan Fathul Mu'in Bab Jual Beli dan boleh untuk muat turun PDF tersebut dan print untuk tujuan pengajian. PDF ini jugak telah ditulis & diterjemahkan daripada Bahasa Arab kepada Bahasa Melayu oleh Ustaz Khairul Anuar sendiri.

5. Pengajian di Facebook Group

Pengajian akan berlangsung di Facebook Group Tertutup

Yang Lagi Menarik!

Bonus Eksklusif Menanti Anda Bernilai RM99.00!

PDF Terjemahan Fathul Mu'in Perbahasan Puasa bernilai RM30.00.

PDF ini adalah Terjemahan Kitab Fathul Mu’in yang membahaskan mengenai Perbahasan Puasa. 

 

PDF sebanyak 78 muka surat ini sangat membantu pelajar untuk memahami hukum hakam Puasa dengan lebih baik.

Rakaman Daurah Kitab Mabadi' Awwaliyah yang Bernilai RM69.00

Kitab Mabadi’ Awwaliyah adalah kitab asas yang membahaskan ilmu Usul Feqah dan Qawaied Feqhiyyah. Daurah ini juga telah disampaikan oleh Ustaz Khairul Anuar pada tahun lepas. 

 

Jadi, ianya sangat baik bagi sesiapa yang ingin mendalami berkaitan dengan bidang Usul Feqah dan Qawaied Feqhiyyah.

DAFTAR SEGERA

Dapatkan diskaun Rm 120 untuk 300 peserta terawal sahaja.

MONEY BACK GUARANTEE

Jika anda sudah tonton semua video daurah, belajar ilmu dan lakukan tindakan dengan ilmu yang telah dikongsikan tetapi tiada sebarang manfaat yang ada perolehi dalam masa 30 hari, kami sedia pulangkan wang anda semula tanpa banyak soal.

KAMI MENERIMA BAYARAN SEPERTI DIBAWAH:

Yuran Promo RM 79 untuk 300 peserta sahaja

0
Slot Berbaki