Pengajian Sedang Berjalan Sekarang. Tarikh Mula Pengajian pada 7 Februari 2023. 

Rakaman Penuh Pengajian Disediakan Sepenuhnya pada awal pengajian sehingga akhir pengajian.

Tidak sah puasa sekiranya berbuka dalam keadaan ragu-ragu adakah waktu Maghrib telah masuk atau belum.


Jika makanan sudah ada dalam mulut, kemudian azan Subuh berkumandang. Adakah boleh saya makan?


Persoalan ini sering bermain di fikiran kita apabila tiba bulan Ramadhan.
 

Ingin belajar hukum Feqah berkaitan Puasa dengan lebih mendalam?

Memperkenalkan: Daurah Feqah Puasa
daripada Kitab Minhajul Tolibin

Pengenalan Kitab

Pengenalan Ringkas Minhajul Tolibin

Kitab Minhaj al-Thalibin Wa ‘Umdah al-Muftin ini ditulis oleh al-Imam Muhyiddin Abu zakariyya Yahya bin Syaraf al-Nawawi (631-676H). Ia merupakan ringkasan kitab al-Muharrar karya al-Imam Abu al-Qasim Abdul Karim al-Rafi‘i (624H). 

 

Walaupun ia merupakan ringkasan kitab al-Muharrar, namun keistimewaan kitabnya dianggap melebihi kitab al-Muharrar kerana Imam al-Nawawi telah memilih dan menambah pendapat yang muktamad pada pandangan beliau.

 

Minhaj al-Thalibin merupakan kitab yang sering digunapakai untuk merujuk pendapat-pendapat yang muktamad dalam mazhab Syafi‘i selepas berlakunya proses pemurnian (al-tanqih) yang kali pertama dilakukan dalam sejarah perkembangan mazhab Syafi‘i.

 

Oleh kerana itu, kitab ini mendapat perhatian yang tinggi di kalangan ulama-ulama mazhab Syafi‘i untuk diperkembangkan sama ada diberikan huraian (syarh), komentar (hasyiah), dilakukan ringkasan, disusun dalam bentuk nazam dan lain-lain lagi sehingga jumlah keseluruhannya yang dapat dikesan hingga kini mencecah 230 buah kesemuanya.

 

Antara yang paling terkenal ialah dalam bentuk huraian (syarh) seperti Tuhfah al-Muhtaj Bi Syarh al-Minhaj oleh Ibn Hajar al-Haytami, Nihayah al-Muhtaj Ila Syarh al-Minhaj oleh Syams al-Din al-Ramli dan Mughni al-Muhtaj Ila Ma‘rifah Alfaz al-Minhaj oleh al-Khatib al-Syarbini.

Istimewa untuk daurah ini, pihak penganjur menyediakan Terjemahan Kitab Minhaj Bab Puasa bagi memudahkan peserta Daurah untuk mendalami kitab ini.

Kenapa Daurah Ini Bab Puasa Sahaja?

Kitab Minhajul Tolibin adalah kitab penting dalam mempelajari ilmu Feqah. Ini kerana perbahasannya lengkap merangkumi empat cabang Feqah iaitu Ibadat, Muamalat, Munakahat dan Jinayah. 

 

Justeru untuk mempelajari kitab ini secara penuh pasti akan mengambil masa yang lama dan komitmen yang tinggi. 

 

Maka kami mengambil pendekatan lebih praktikal iaitu dengan mengadakan Daurah Feqah Puasa sahaja.

Apa Kelebihan PDF Terjemahan Ini?

1. Terjemahan yang telah disusun dengan baik dan teratur.

2. Disediakan ruang yang luas khusus untuk buat catatan/dhobit.

3. Terjemahan ini juga telah mengekalkan Teks Asal Kitab sebelum memulakan terjemahan.

4. Disediakan nota kaki bagi penjelasan istilah dan ibarat dalam kitab

Daurah ini akan disampaikan oleh:

BABA ABDUL RAZAK BIN BORHANUDDIN

Pensyarah Pusat Pengajian Pondok, Kandis

Biodata Tuan Guru


Pensyarah Pusat Pengajian Pondok, Kandis.
Tenaga Pengajar Turath, Jabatan Kehakiman Syariah, Malaysia.

Latar belakang pengajian

Pondok Perupok, Mundok, Fathoni (4 tahun)

 

Pusat Pengajian Pondok, Kandis (6 tahun)

 

Universiti al-Azhar, Dirasat Islamiah (2 tahun)

Latar belakang pengajian

Baba Haji Daud (Perupok)
Syeikh Wazir al-Makki
Tn Guru Hj Hasan Mentuan
Tn Guru Hj Ariffin Awang, Pondok Moden
Tn Guru Hj Zakaria Melor, Pondok Moden
Baba Ismail Sepanjang
Tn Guru Hj Nik Soh, Kedai Menanti (Murid Tok Kenali)

Kelebihan Anda Sertai Daurah Ini

1. PDF Percuma bagi Terjemahan Minhajul Tolibin Bab Puasa

Pelajar akan diberikan PDF kitab Terjemahan Minhajul Tolibin Bab Puasa dan boleh untuk muat turun PDF tersebut dan print untuk tujuan pengajian. PDF ini jugak telah ditulis & diterjemahkan daripada Bahasa Arab kepada Bahasa Melayu oleh Ustaz Abdullah Hussin.

2. Akses Rakaman Daurah (Seumur Hidup)

Darul Fateh akan menyediakan rakaman daurah di laman web kami. Setiap pelajar akan dapat akses rakaman melalui portal pelajar di darulfateh.com

3. E-Sijil Penyertaan

Peserta berdaftar akan mendapat e-sijil penyertaan Daurah setelah khatam.

4. Poster Simbol/Rumus Dhobit Kitab

Kata guru kami: Pengikat penuntut ilmu dengan kitab ialah Dhobit ataupun catatan yang ditulis semasa pengajian. Maka, sangat penting bagi penuntut ilmu untuk menjaga dhobit kitab supaya apa yang kita tulis dapat difahami dan menjadi rujukan kepada kita kelak.

Oleh itu, Poster Rumus Dhobit Kitab akan diberikan secara percuma kepada peserta berdaftar. Poster Dhobit ini adalah rumuz yang selalu digunakan oleh pelajar-pelajar Pondok untuk dhobit kitab mereka.

5. Pengajian di Zoom Tertutup

Pengajian akan berlangsung di Zoom Tertutup.

Yang Lagi Menarik!

Bonus Eksklusif Menanti Anda Bernilai RM99.00!

PDF Terjemahan Minhajul Tolibin Perbahasan Puasa bernilai RM20.00.

PDF ini adalah Terjemahan Kitab Minhajul Tolibin yang membahaskan mengenai Perbahasan Puasa. 

 

 

Rakaman Daurah Kitab Matan Waraqat yang Bernilai RM79.00

Kitab Matan Waraqat adalah kitab asas yang membahaskan ilmu Usul Feqah dan Qawaied Feqhiyyah. Daurah ini juga telah disampaikan oleh Baba Abdul Razak pada tahun lepas. 

Jadi, ianya sangat baik bagi sesiapa yang ingin mendalami berkaitan dengan bidang Usul Feqah dan Qawaied Feqhiyyah.

DAFTAR SEGERA

Jom Daftarkan Segera dengan Harga Promosi Sekarang

MONEY BACK GUARANTEE

Jika anda sudah tonton semua video daurah, belajar ilmu dan lakukan tindakan dengan ilmu yang telah dikongsikan tetapi tiada sebarang manfaat yang ada perolehi dalam masa 30 hari, kami sedia pulangkan wang anda semula tanpa banyak soal.

KAMI MENERIMA BAYARAN SEPERTI DIBAWAH:

Jom Daftarkan Daurah Feqah Puasa dengan Harga Promosi RM 99 Sahaja.