Pengajian Sedang Berjalan Sekarang. Tarikh Mula Pengajian pada 7 Februari 2023. 

Rakaman Penuh Pengajian Disediakan Sepenuhnya pada awal pengajian sehingga akhir pengajian.

Ingin mengambil berkat bacaan kitab dari awal sampai khatam?
Ingin khatam tiga kitab secara cepat?
Nak dapatkan sanad kitab yang dibaca bersambung terus dengan pengarang asal?

Persoalan diatas sering bermain dalam fikiran menyebabkan sering terlepas peluang belajar kitab Arab dari kulit ke kulit.

Memperkenalkan:
Majlis Bacaan 3 Kitab dan Ijazah Sanad

Kitab Yang Akan Dibaca

Syamail Muhammadiyyah (Hadis)

Matan Abi Syuja’
(Feqah Syafie)

Kitab Al Maghazi
(Hadis Sahih Bukhari)

Majlis akan dibimbing oleh
Syeikh Muhammad Said Bakar.

Majlis akan dibimbing oleh Syeikh Muhammad Said Bakar.

Beliau adalah Anggota Kesatuan Ulamak Jordan dan Palestin. Beliau memberikan syarahan dan ijazah kitab-kitab turath dan hadis seperti Sahih Bukhari, Syamail Muhammadiyyah, Thulathiyyat Bukhari, Hadis Arbaien al Mutawatirah, Manzhumah Qawaied al-Feqhiyyah dan lain-lain.

Majlis yang diadakan nanti bersifat bacaan secara "sardan" سردا iaitu Bacaan secara pantas bagi mengkhatamkan kitab daripada awal sehingga khatam.

Majlis juga akan diserikan lagi dengan kehadiran Syeikh Wazir al-Makki, ahli Jabhah Ulamak Kelantan semasa Majlis Ijazah Sanad.

Majlis yang barakah ini akan diadakan di kawasan Kubang Kerian, anda boleh hadir secara fizikal. Jika tidak berkesempatan, boleh hadir majlis secara virtual online melalui aplikasi Zoom.

Kelebihan Anda Sertai Daurah Ini

1. Akses Rakaman Daurah (Seumur Hidup)

Darul Fateh akan menyediakan rakaman daurah di laman web kami. Setiap pelajar akan dapat akses rakaman melalui portal pelajar di darulfateh.com

2. E-Sijil Penyertaan

Peserta berdaftar akan mendapat e-sijil penyertaan Daurah setelah khatam.

3. Poster Simbol/Rumus Dhobit Kitab

Kata guru kami: Pengikat penuntut ilmu dengan kitab ialah Dhobit ataupun catatan yang ditulis semasa pengajian. Maka, sangat penting bagi penuntut ilmu untuk menjaga dhobit kitab supaya apa yang kita tulis dapat difahami dan menjadi rujukan kepada kita kelak.

Oleh itu, Poster Rumus Dhobit Kitab akan diberikan secara percuma kepada peserta berdaftar.Poster Dhobit ini adalah rumuz yang selalu digunakan oleh pelajar-pelajar Pondok untuk dhobit kitab mereka.

4. PDF Percuma bagi Terjemahan Fathul Mu'in Bab Jual Beli

Pelajar akan diberikan PDF kitab Terjemahan Fathul Mu'in Bab Jual Beli dan boleh untuk muat turun PDF tersebut dan print untuk tujuan pengajian. PDF ini jugak telah ditulis & diterjemahkan daripada Bahasa Arab kepada Bahasa Melayu oleh Ustaz Khairul Anuar sendiri.

5. Pengajian di Facebook Group

Pengajian akan berlangsung di Facebook Group Tertutup

Yang Lagi Menarik!

Bonus Eksklusif Menanti Anda Bernilai RM99.00!

PDF Terjemahan Fathul Mu'in Perbahasan Puasa bernilai RM30.00.

PDF ini adalah Terjemahan Kitab Fathul Mu’in yang membahaskan mengenai Perbahasan Puasa. 

 

PDF sebanyak 78 muka surat ini sangat membantu pelajar untuk memahami hukum hakam Puasa dengan lebih baik.

Rakaman Daurah Kitab Mabadi' Awwaliyah yang Bernilai RM69.00

Kitab Mabadi’ Awwaliyah adalah kitab asas yang membahaskan ilmu Usul Feqah dan Qawaied Feqhiyyah. Daurah ini juga telah disampaikan oleh Ustaz Khairul Anuar pada tahun lepas. 

 

Jadi, ianya sangat baik bagi sesiapa yang ingin mendalami berkaitan dengan bidang Usul Feqah dan Qawaied Feqhiyyah.

DAFTAR SEGERA

Jangan lepaskan peluang keemasan untuk bersama-sama dalam majlis yang penuh berkat ini.

MONEY BACK GUARANTEE

Jika anda sudah tonton semua video daurah, belajar ilmu dan lakukan tindakan dengan ilmu yang telah dikongsikan tetapi tiada sebarang manfaat yang ada perolehi dalam masa 30 hari, kami sedia pulangkan wang anda semula tanpa banyak soal.

KAMI MENERIMA BAYARAN SEPERTI DIBAWAH:

Yuran Promo RM 79 untuk 300 peserta sahaja

Slot Berbaki
0