Kuasai Bahasa Arab barulah mudah untuk mahir ilmu agama lain.

Dan Mungkin Ini yang Sedang Anda Hadapi

Kami faham sangat keadaan anda dengan dunia sekarang sebab kami juga pernah berada dalam situasi seperti anda.
Sebab itu kami di Darul Fateh nak bantu anda dengan 1 solusi menarik iaitu

Memperkenalkan

Daurah Nahu : Kitab Mukhtasar Jiddan

Tarikh Pengajian

Bermula 24 April 2024 (Rabu)

Hari Pengajian

Setiap Ahad hingga Rabu

Masa Pengajian

2.00 Petang

Medium Pengajian

Pengajian berlangsung di Facebook Tertutup

Apa Yang Menarik Tentang
Kitab Mukhtasar Jiddan?

1. Kitab Mukhtasar Jiddan adalah satu kitab huraian (syarah) bagi Matan Jurumiah yang masyhur di kalangan penuntut-penuntut ilmu Nahu.

2. Sebagaimana asal, begitulah furu' nya, itulah perkataan bagi menggambarkan kitab Mukhtasar Jiddan karangan Syeikh Zaini Dahlan ini dari sudut keberkatan nya.

3. Syarahannya yang tidak panjang tetapi ringkas membolehkan para penuntut ilmu yang baru dapat memahami dan mengingati huraiannya dengan pantas.

4. Walaupun syarahannya ringkas, sesuai dengan namanya (Mukhtasar Jiddan), namun huraian Syeikh Zaini Dahlan رحمه الله تعالى ini amat tepat dengan keperluan penuntut ilmu dalam memahami ayat Matan Jurumiah.

5. Menurut tajribah(pengalaman) para Ulama', sesiapa yang mendalami kitab Mukhtasar Jiddan ini nescaya akan mampu untuk membaca kitab-kitab turath Arab dengan betul.

Menarik kan?

Sangat rugi kalau anda tak sertai sekarang, kerana pengajian tentang Ilmu Nahu ini sangat jarang disediakan untuk umum dan secara online sebegini.

Bonus dibawah bernilai keseluruhan Rm227. Namun kami berbesar hati untuk berikan Harga Istimewa ( Hanya Rm 99 Sahaja ) apabila anda mendaftar Pakej Gold

#BONUS 1: Kelas Live

Anda dapat memasuki daurah secara online melalui ‘Facebook Group’ secara “Real Time”. Ini pasti akan mengujakan bagi sesetengah penuntut ilmu kerana kitab boleh berinteraksi dengan guru andai ada soalan dan sebagainya.

#BONUS 2: Rakaman Kelas Daurah Mukhtasar Jiddan (Bernilai RM 107)

Jika ada tertinggal kelas atau ingin mengulangkaji, kami sediakan rakaman penuh kelas daripada awal sampai khatam. Semoga rakaman ini membantu kefahaman anda sebagai peserta Daurah ini.

#BONUS 3: Rakaman Daurah Ajrumiah bersama Ust Khairul Faris ( bernilai RM 89 )

Daurah Mukhtasar Jiddan ini menggunakan kitab ‘level 2’ yang ringan untuk difahami, namun kami faham kehendak sesetengah penuntut ilmu untuk tidak meninggalkan kitab ‘level 1’ nya. Maka kami sediakan kepada anda rakaman Daurah Ajrumiah.

#BONUS 4: Rakaman Daurah Mutammimah Ajrumiah ( bernilai RM 80 )

Antara cara untuk memahami satu bidang ilmu adalah belajar menggunakan pelbagai kitab dalam bidang ilmu yang sama. Jadi kami tambahkan lagi kitab yang lain pula untuk anda. Jadi, sudah berapa pengajian anda akan dapat melalui pakej GOLD ini? Sudah 3 kan?

#BONUS 5: Rakaman Webinar Dhobit Kitab (Bernilai RM30)

Ilmu yang al-Fadhil Ustaz Sofuan Shaberi akan kongsikan nanti adalah ‘buah-buah’ yang bernilai yang mungkin tiada di tempat lain, pastikan ilmu tersebut kita boleh guna, lebih-lebih lagi ilmu Nahu. Kena catat, kalau tidak tahu cara dhobit (catat) dengan baik, rakaman ini untuk anda.

#BONUS 6: PDF Rumuz Dhobit v2 (bernilai Rm 30)

Rumuz dhobit sangat membantu dalam memendekkan tulisan/catatan kita. PDF ini menerangkan berkaitan Rumuz atau formula untuk anda dhobit kitab. Menarik kan? Boleh dikatakan semua alat untuk memahami ilmu kami sediakan.

Alhamdulillah. Banyaknya bonus. Semua ini anda akan dapat apabila mendaftar Pakej GOLD. Dapatkan pakej GOLD sekarang dan anda jimat RM 227.

Nahu : Kitab Mukhtasar Jiddan
ini akan disampaikan oleh:

Al-Fadhil Ustaz Sofuan Shaberi

Mudir Pondok Assobirin & Tenaga Pengajar Darul Fateh

Biodata Tuan Guru

Ustaz Muhammad Sofuan bin Shaberi adalah Mudir Pondok As-sobirin merangkap Guru di Pusat Pengajian Darul Fateh. Beliau memulakan pengajian kitab turath seawal umur 14 tahun lagi iaitu ketika menuntut ilmu di Maahad Muhammadi Lelaki.

Pada ketika tersebut, beliau banyak ulang alik ke Pondok Pasir Tumboh dan Pondok Tunjong terutama apabila musim cuti sekolah. 

Minatnya kepada ilmu turath sangat mendalam sehingga beliau menetap di Pondok Tunjong selepas STAM untuk mengikuti pengajian di sana sebelum menyambung pengajian ke Universiti al-Azhar, Mesir.

Sebelum berangkat ke Mesir, beliau sudah mulazamah bertalaqqi dengan beberapa orang guru antaranya TG Azrihisham, TG Yusuf, TG Hj Mat, TG Ayah Mat Beris dan lain-lain. Menariknya, sepulangnya beliau daripada Mesir, beliau terus istiqamah belajar dengan guru tersebut sehingga ke hari ini.

Bakat besar beliau dalam bidang turath sudah dikesan seawal Tingkatan 5, pada waktu tersebut beliau sudahpun membacakan kitab-kitab turath kepada adik-adik junior di Maahad Muhammad Lelaki, Kota Bharu.

Justeru, sehingga sekarang beliau aktif membacakan kitab turath @ kitab kuning kepada pelajar di Pondok Tunjong dan Pusat Pengajian Darul Fateh serta di masjid-masjid sekitar Kelantan.

Maka, pemilihan beliau untuk memimpin Kitab Penawar Bagi Hati adalah keputusan yang tepat kerana pengalaman yang luas dalam bidang Turath dan beliau sendiri belajar kitab-kitab dalam Madrasah ini secara kulit-ke kulit daripada guru-gurunya.

Latar belakang pengajian

SK Pangkal Nering
Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu (2002-2008)
Pondok Tunjong (2003 – sekarang)
Universiti al-Azhar, Mesir (2009-2015)
Kolej Universiti Sultan Ismail Petra (2015-2017)

Lebih 3,000 pelajar telah sertai daurah & pengajian online bersama Darul Fateh

Apa Kata Mereka Yang Telah Mengikuti Pengajian Bersama Kami

"Platform terbaik dan memudahkan buat saya untuk murajaah ilmu agama. "


Alhamdulillah ada juga mengikuti kelas pengajian ustaz di bawah anjuran al-fadhil sendiri. Sememangnya kelas bersama guru selalunya diselitkan dengan ilmu yang padat dan amat mudah utk difahami.

Syabas kepada pihak Darul Fateh juga dalam menyediakan platform online supaya lebih memudahkan org awam utk belajar ilmu agama.
Muhammad Anwar
29 Tahun, ljazah Usuluddin

" Dapat murajaah balik bersama rakaman dalam perjalanan ke tempat kerja"


Alhamdulillah... sangat berterima kasih atas inisiatif pihak Ustaz dan Team Darul Fatih memanfaatkan teknologi semasa untuk kami belajar ilmu turath.

Ada beberapa sesi kelas yang saya terlepas kerana tertidur awal kerana kepenatan pada hari bekerja.

Namun, dapat dengar semula sepanjang perjalanan ke tempat kerja keesokan harinya untuk murajaah.

Semoga Allah Taala memberkati usaha besar ini. InsyaAllah sangat bermanfaat buat saya walaupun telah berkahwin sebelas tahun dan mempunyai 3 orang anak.

Sangat banyak yang saya pelajari. Jazaakumullah ahsanal jazak
Abdul Muhaimin bin Abd. Hamid
Guru

" Membantu saya mendalami ilmu agama & pengajian yang betul-betul berfokus. "


Alhamdulillah dengan mengikuti kelas-kelas dan seminar yang di anjurkan oleh ustaz sendiri atau tajaan lain di pimpin oleh ustaz… banyak ilmu yang jelas terang, ikhlas dan amanah dlm menyampaikan ilmu..tidak direka2 untuk meraih keuntungan…

Harapan saya sebagai murid warga emas semoga ustaz istiqomah terus semangat betulkan yg biasa, biasakan yg betul.. Wallahuaalam. Terima kasih.
Hasanah binti Malek
64 Tahun

"Kelas sesuai untuk semua "


Kelas pengajian sesuai buat semua dan pengurusan juga terbaik
Sulaiman Nor
Ahli Perniagaan

Semua testimoni ini menunjukkan bahawa Darul Fateh adalah sebuah platform yang berkesan dan memberi impak yang positif dalam bidang pengajian agama secara atas talian.

Kenapa perlu belajar Ilmu Tasawwuf
dengan bimbingan Ustaz Sofuan Shaberi

Kenali
Pusat Pengajian Darul Fateh

Darul Fateh adalah sebuah platform digital atas talian yang ditubuhkan untuk memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk belajar agama melalui kaedah talaqqi secara tersusun dan berperingkat. Idea untuk menubuhkan platform ini adalah untuk menyelesaikan kesukaran orang awam dalam menghadiri majlis talaqqi kitab agama kerana kekangan masa dan peluang yang ada. Dengan menggunakan platform online, semua orang boleh belajar agama tanpa terlepas mana-mana kelas dan dapat ditonton berulang kali pada bila-bila masa sahaja.

 

Untuk pengetahuan anda juga kami telah menjalankan pengajian sebanyak 50 lebih pengajian berkitab sepanjang 2 tahun

Screenshot daripada halaman senarai pengajian di dalam laman web rasmi darul Fateh.

Apa kata pelajar yang telah menyertai Kelas Pengajian Kami

" Saya amat berpuas hati dengan Darul Fateh kerana ia memberi peluang kepada saya untuk belajar agama dengan lebih mudah dan fleksibel. Saya juga boleh menonton kembali kelas-kelas sebelum ini dan menambah pemahaman saya dalam bidang agama. "
Ahmad Arif, 23 Tahun
Mahasiswa UIS
"Sebagai seorang yang bekerja sepenuh masa, saya memerlukan platform seperti Darul Fateh untuk mengikuti kelas-kelas agama. Saya amat menghargai cara penyampaian yang jelas dan mudah difahami, dan juga adanya forum diskusi yang membolehkan saya bertanya soalan."
Arifah, 25 Tahun
Graduan Universiti UIAM
"Darul Fateh merupakan platform yang sangat baik untuk orang-orang yang ingin mempelajari agama dalam suasana yang mesra dan fleksibel. Saya sangat berterima kasih kerana adanya platform ini yang membolehkan saya meningkatkan ilmu agama dengan lebih mudah."
Anas, 25 Tahun
Mahasiswa Universiti Al Azhar Mesir
"Saya memulakan pengajian dengan Darul Fateh sebagai seorang yang kurang berpengetahuan tentang agama, namun sekarang saya merasakan bahawa saya telah memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang Islam. Saya amat menghargai usaha dan kesungguhan guru-guru dalam membantu kami mempelajari agama dengan lebih baik."
Amirah, 30 Tahun
Graduan Master UM

Semua testimoni ini menunjukkan bahawa Darul Fateh adalah sebuah platform yang berkesan dan memberi impak yang positif dalam bidang pengajian agama secara atas talian.

Pengajian Ini Ada Sediakan Rakaman Ke?

YA. Sudah Pasti!

Pengajian Daurah Penawar Bagi Hati di bawah Darul Fateh menyediakan rakaman penuh untuk semua kelas-kelas yang dijalankan. Ini bermakna, para pelajar yang terlepas kelas atau ingin menonton semula kelas-kelas sebelumnya, boleh mengakses rakaman tersebut melalui platform yang kami sediakan dan menonton kembali kelas-kelas tersebut pada bila-bila masa yang sesuai untuk mereka.

Dengan adanya rakaman penuh, pelajar juga boleh merujuk semula kepada nota-nota dan bahan-bahan pengajaran yang disediakan oleh guru-guru di dalam kelas. Ini membolehkan pelajar memperdalamkan pemahaman mereka dan mengukuhkan lagi aspek-aspek yang kurang difahami dalam pembelajaran mereka.

Penggunaan rakaman penuh dalam Daurah Penawar Bagi Hati di bawah Darul Fateh ini memperlihatkan bahawa platform ini amat mengambil berat tentang kemudahan dan kesesuaian dalam pembelajaran di dalam kalangan pelajarnya.

Bagaimanakah Bentuk Rakaman Akan Diberikan?

Screenshot daripada halaman sistem portal pelajar yang telah dibangunkan oleh darulfateh.com

Akses Rakaman pengajian akan diberikan melalui Sistem Portal Pelajar yang dibangunkan khas kepada pelajar Darul Fateh untuk mengulangi rakaman pengajian.

1. Tontonan Rakaman Tanpa Had

Rakaman penuh yang disediakan dalam Sistem Portal Pelajar membolehkan para pelajar menonton kelas-kelas pengajian secara tanpa had. Ini bermakna, pelajar boleh menonton rakaman sebanyak mana yang mereka perlukan, pada bila-bila masa yang sesuai untuk mereka, dan setiap kali mereka ingin menonton kembali kelas yang sama.

2. Rakaman Disusun dengan Rapi Bermula Daripada Awal Pengajian Hingga Khatam:

Rakaman kelas yang disediakan dalam Sistem Portal Pelajar disusun dengan rapi, bermula daripada awal pengajian sehingga khatam. Ini membantu pelajar memahami dan mengikuti kelas-kelas pengajian dengan lebih mudah dan tersusun.

3. Fungsi Bookmark Bagi Setiap Pengajian:

Sistem Portal Pelajar juga menyediakan fungsi bookmark yang membolehkan pelajar menyimpan rekod tontonan mereka, dan melanjutkan menonton dari tempat mereka terhenti sebelumnya. Ini memudahkan para pelajar dalam memantau kemajuan pembelajaran mereka dan tidak perlu mencari-cari tempat yang mereka berhenti sebelumnya.

4. Disediakan Sijil Penyertaan Pengajian Berbentuk Digital:

Setelah menamatkan pengajian, pelajar akan menerima sijil penyertaan pengajian dalam bentuk digital. Sijil ini memberi pengiktirafan kepada pelajar atas usaha mereka dalam menyelesaikan pengajian dan dapat digunakan sebagai bukti pengalaman dan pencapaian akademik.

Dengan Sistem Portal Pelajar Darul Fateh, pelajar boleh mengakses pelbagai kelas mengaji secara fleksibel dan boleh menguruskan masa belajar mereka sendiri. Selain itu, penggunaan teknologi dalam pembelajaran membolehkan pelajar mempelajari pelbagai topik dengan lebih efektif dan berkesan, tanpa dihadkan oleh jarak atau masa.

Saya Dah Jelas,
Macam Mana Nak Daftar?

Daftar pengajian dengan ikuti 3 langkah mudah.

1. Isi Maklumat Di Borang Pendaftaran

Isi maklumat anda seperti nama, no. telefon & email di ruangan borang pendaftaran.

2. Masukkan Butiran Kad

Masukkan Butiran Kad ATM/Debit atau Kad Kredit anda di ruangan pembayaran

3. Tekan Butang Daftar Sekarang

Tekan butang Daftar Sekarang untuk menyempurnakan pendaftaran.

Sertai 1 Daurah Nahu : Kitab Mukhtasar Jiddan
Sekarang Dengan 3 Pakej Menarik

Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Daftar Daurah sekarang.

Yuran Istimewa bermula Rm 87 (Untuk 100 orang terawal sahaja)

Soalan-Soalan Lazim

Ya, buat masa sekarang kami akan adakan kelas ini secara bulanan sebanyak 12 Kelas sebulan bersamaan 3 kelas seminggu pada hari Ahad, Isnin dan Selasa.

Buat masa sekarang kami adakan Yuran Peserta Yang Daftar Awal hanya RM50 sebulan. Dan yuran ini akan naik apabila melebihi kuota yang telah ditetapkan.

Untuk pembayaran, kami hanya menerima pembayaran melalui Kad ATM/Debit / Kad Kredit sahaja.

Boleh Sahaja transfer nanti kena hubungi admin. 

Cuma kami sangat sarankan untuk membuat pembayaran melalui Kad Debit atau Kad Kredit.

Ya boleh, anda boleh batalkan langganan anda pada bila-bila masa dengan menghubungi Admin kami.

wa.me/601111916346

Tiada apa-apa cas tersembunyi yang akan dikenakan.

MONEY BACK GUARANTEE

Jika anda sudah tonton semua Live, video daurah, belajar ilmu dan lakukan tindakan dengan ilmu yang telah dikongsikan tetapi tiada sebarang manfaat yang ada perolehi dalam masa 30 hari, kami sedia pulangkan wang anda semula tanpa banyak soal.

KAMI MENERIMA BAYARAN SEPERTI DIBAWAH: