Pastikan Solat Anda Bermakna dan Diterima Allah.

Dan Mungkin Ini yang Sedang Anda Hadapi

Kami faham sangat keadaan anda dengan dunia sekarang sebab kami juga pernah berada dalam situasi seperti anda.
Sebab itu kami di Darul Fateh nak bantu anda dengan 1 solusi menarik iaitu

Dalam dunia yang semakin mencabar ini, kejahilan terhadap ilmu agama boleh mengakibatkan:

Tanpa ilmu yang sahih, kita berisiko menjadi generasi yang hilang arah, hanyut dalam arus kehidupan tanpa pegangan yang kukuh.

Kami faham sangat perasaan anda sebab kami dulu juga begitu.

Sebab itu kami di Darul Fateh nak bantu anda dengan 1 solusi menarik iaitu

Memperkenalkan:
Daurah Pati Musolli
daripada Madrasah Assobirin Online

Video Penerangan

Kami Menawarkan:

Pengajian pondok digital yang menyeluruh iaitu:

Tarikh Mula Pengajian

21 & 22 September 2024

Hari Pengajian

Sabtu & Ahad

Masa Pengajian

8.30 Pagi - 5.30 Petang

Rakaman Pengajian Disediakan

Kenapa perlu belajar Memperbaiki Solat?

  1. Perintah Allah: Solat adalah salah satu daripada rukun Islam, dan Allah memerintahkan kita untuk melaksanakan solat dengan khusyuk dan sempurna. Memperbaiki solat bermaksud mentaati perintah Allah dengan lebih baik.

  2. Khusyuk dalam ibadah: Salah satu tujuan utama solat adalah mencapai khusyuk, iaitu fokus dan keikhlasan dalam beribadah kepada Allah. Apabila kita belajar memperbaiki solat, kita akan lebih memahami bacaan, gerakan, dan tujuan solat, yang membantu meningkatkan khusyuk.

  3. Ganjaran yang lebih besar: Solat yang dilaksanakan dengan sempurna dan khusyuk mendapat ganjaran yang lebih besar di sisi Allah. Memperbaiki solat juga dapat meningkatkan pahala dan mendekatkan diri kepada-Nya.

  4. Mengelakkan kecuaian: Kadang-kadang, kita mungkin melakukan kesilapan kecil dalam solat, seperti tergesa-gesa atau tidak melakukan rukun dengan betul. Dengan belajar memperbaiki solat, kita dapat mengelakkan kesilapan ini dan memastikan solat kita sah dan diterima.

  5. Kesan terhadap kehidupan seharian: Solat yang sempurna bukan sahaja memberi kesan kepada hubungan kita dengan Allah, tetapi juga membantu membentuk akhlak dan disiplin diri. Solat yang berkualiti membawa ketenangan, kesabaran, dan ketabahan dalam menghadapi cabaran harian.

  6. Mendapat keampunan dan rahmat: Solat yang betul dan sempurna boleh menjadi sebab untuk mendapat keampunan dosa dan rahmat daripada Allah.

Apa Yang Menarik Tentang
Kitab Pati Musolli?

Kitab Pati Munyatul Musolli adalah jawapan kepada persoalan-persoalan anda. Kitab ini merupakan sebuah kitab ringkas yang mengumpul isi penting kitab Munyatul Musolli, sebuah kitab fiqh solat yang sangat terkenal karangan al-Allamah Syeikh Wan Daud al-Fathoni رحمه الله تعالى.

.

1. Kitab karangan Tuan Guru Haji Nik Abdullah bin Ahmad al-Jambuwi ini adalah sebuah kesimpulan bagi Kitab Munyatul Musolli.

2. Walaupun disebut 'Pati', sebenarnya ia juga merupakan sebuah huraian bagi perkara-perkara rumit dalam Munyatul Musolli.

3. "Sebagaimana asal, begitulah furu' nya" kerana Pati Munyatul Musolli ini berjaya mengekalkan mesej yang sama, bahkan nyata keberkatan nya apabila ia turut masyhur bagi para agamawan sebagai pilihan pengajian dan pengajaran.

4. Kitab ini membicarakan fiqh solat secara khusus (solat zhohir) dengan cara 'mengikat' ilmu fiqh itu dengan ilmu tasawwuf (solat batin).

5. Kitab ini mengekalkan manhaj Munyatul Musolli tetapi dikurangkan bilangan perbahasan tentang solat sunat serta beberapa penambahan berkenaan solat terawih dan witir.

Menarik kan?

Sangat rugi kalau anda tak sertai sekarang kerana peluang sebegini bukan selalu ada.

Di samping kitab-kitab syarahnya, kitab al-Tahrirnya juga telah diringkaskan dan disusun dalam bentuk nazam oleh al-Imam Syarafuddin Yahya al-‘Imrithi al-Syafi’i (989H) dengan karyanya yang berjudul al-Taysir fi Nazhm al-Tahrir fi al-Fiqh al-Syafi’i.

Senarai Kitab Yang Sedang Berjalan:

Kitab Pertama:
Syarah Kailani (Sorof)

Kitab Syarah Kailani ala Tasrif Izzi adalah sebuah kitab penting dalam pengajian ilmu saraf (morfologi bahasa Arab). Ia merupakan syarah atau huraian terperinci terhadap kitab Tasrif al-Izzi yang dikarang oleh Izzuddin az-Zanjani.

Beberapa perkara penting tentang kitab ini:

  1. Kitab ini ditulis oleh Syeikh Ali bin Hisyam al-Kailani, seorang ulama terkenal dalam bidang bahasa Arab.
  2. Kitab ini menghuraikan secara mendalam tentang perubahan kata (tasrif) dalam bahasa Arab, termasuk pembentukan kata kerja (fi’il) dan kata nama (isim) serta perubahan-perubahannya.
  3. Kitab ini menggunakan manhaj yang sistematik dan terperinci, menjadikannya sesuai untuk pelajar yang ingin mendalami ilmu saraf.
  4. Kitab Syarah Kailani ala Tasrif Izzi merangkumi pengajian asas hingga lanjutan ilmu saraf, termasuk pembahagian kata, pembentukan kata kerja dan terbitan, serta peraturan perubahan huruf dalam bahasa Arab.

Kitab Kedua:
Jauharah Tauhid (Tauhid)

Kitab Tuhfatul Murid merupakan kitab yang dikarang oleh Al Alim Al Allamah Syeikh Ibrahim Al Bajuri. Kitab ini merupakan syarah kepada Matan Jauharah Tauhid karangan Imam Ibrahim al-Laqqani. Kitab ini sangat masyhur dan berperanan agung dalam dunia Islam sehingga dijadikan silibus di Universiti Al Azhar.

Kitab ini sangat penting untuk dipelajari. Gaya bahasa dan ibarat kitab juga memudahkan untuk penuntut ilmu mempelajarinya.

Kitab Ketiga:
Pati Faridatul Faraid (Tauhid)

?

Masih Belum Ragu-ragu dengan Pusat Pengajian Kami?

Jom Kenali Pondok Assobirin

Pondok Assobirin merupakan sebuah institusi pendidikan Islam yang telah bertapak di Pulai Chondong, Kelantan. Iainya diasaskan oleh Al Fadhil Ustaz Sofuan Shaberi yang prihatin akan keperluan ummah dalam menimba ilmu, Pondok Assobirin telah menjadi mercu tanda kecemerlangan dalam pengajian pondok dengan menggabungkan ilmu turath beserta medium penyampaian moden.

Kini, seiring dengan peredaran zaman dan kepesatan teknologi, kami berbesar hati memperkenalkan Madrasah Assobirin Online – sebuah inisiatif yang menggabungkan kekuatan pengajian pondok tradisional dengan kemudahan teknologi digital masa kini.

Jom Kenali Ustaz Sofuan Shaberi

Al-Fadhil Ustaz Sofuan Shaberi

Mudir Pondok Assobirin & Guru Utama Darul Fateh

Biodata Ustaz

Ustaz Muhammad Sofuan bin Shaberi adalah Mudir Pondok Assobirin merangkap Guru utama di Darul Fateh. Beliau memulakan pengajian kitab turath seawal umur 14 tahun lagi iaitu ketika menuntut ilmu di Maahad Muhammadi Lelaki.

Pada ketika tersebut, beliau banyak ulang alik ke Pondok Pasir Tumboh dan Pondok Tunjong terutama apabila musim cuti sekolah. 

Minatnya kepada ilmu turath sangat mendalam sehingga beliau menetap di Pondok Tunjong selepas STAM untuk mengikuti pengajian di sana sebelum menyambung pengajian ke Universiti al-Azhar, Mesir.

Sebelum berangkat ke Mesir, beliau sudah mulazamah bertalaqqi dengan beberapa orang guru antaranya TG Azrihisham, TG Yusuf, TG Hj Mat, TG Ayah Mat Beris dan lain-lain. Menariknya, sepulangnya beliau daripada Mesir, beliau terus istiqamah belajar dengan guru tersebut sehingga ke hari ini.

Bakat besar beliau dalam bidang turath sudah dikesan seawal Tingkatan 5, pada waktu tersebut beliau sudahpun membacakan kitab-kitab turath kepada adik-adik junior di Maahad Muhammad Lelaki, Kota Bharu.

Justeru, sehingga sekarang beliau aktif membacakan kitab turath @ kitab kuning kepada pelajar di Pondok Tunjong dan Pusat Pengajian Darul Fateh serta di masjid-masjid sekitar Kelantan.

Maka, pemilihan beliau untuk memimpin Madrasah as-Sobirin adalah keputusan yang tepat kerana pengalaman yang luas dalam bidang Turath dan beliau sendiri belajar kitab-kitab dalam Madrasah ini secara kulit-ke kulit daripada guru-gurunya.

Latar belakang pengajian

SK Pangkal Nering
Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu (2002-2008)
Pondok Tunjong (2003 – sekarang)
Universiti al-Azhar, Mesir (2009-2015)
Kolej Universiti Sultan Ismail Petra (2015-2017)

Kenapa perlu belajar Ilmu
dengan bimbingan Ustaz Sofuan Shaberi

Kenali
Pusat Pengajian Darul Fateh

Darul Fateh adalah sebuah platform digital atas talian yang ditubuhkan untuk memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk belajar agama melalui kaedah talaqqi secara tersusun dan berperingkat. Idea untuk menubuhkan platform ini adalah untuk menyelesaikan kesukaran orang awam dalam menghadiri majlis talaqqi kitab agama kerana kekangan masa dan peluang yang ada. Dengan menggunakan platform online, semua orang boleh belajar agama tanpa terlepas mana-mana kelas dan dapat ditonton berulang kali pada bila-bila masa sahaja.

 

Untuk pengetahuan anda juga kami telah menjalankan pengajian sebanyak 30 lebih pengajian berkitab sepanjang 2 tahun

Screenshot daripada halaman senarai pengajian di dalam laman web rasmi darul Fateh.

Apa kata pelajar yang telah menyertai Kelas Pengajian Kami

" Saya amat berpuas hati dengan Darul Fateh kerana ia memberi peluang kepada saya untuk belajar agama dengan lebih mudah dan fleksibel. Saya juga boleh menonton kembali kelas-kelas sebelum ini dan menambah pemahaman saya dalam bidang agama. "
Ahmad Arif, 23 Tahun
Mahasiswa UIS
"Sebagai seorang yang bekerja sepenuh masa, saya memerlukan platform seperti Darul Fateh untuk mengikuti kelas-kelas agama. Saya amat menghargai cara penyampaian yang jelas dan mudah difahami, dan juga adanya forum diskusi yang membolehkan saya bertanya soalan."
Arifah, 25 Tahun
Graduan Universiti UIAM
"Darul Fateh merupakan platform yang sangat baik untuk orang-orang yang ingin mempelajari agama dalam suasana yang mesra dan fleksibel. Saya sangat berterima kasih kerana adanya platform ini yang membolehkan saya meningkatkan ilmu agama dengan lebih mudah."
Anas, 25 Tahun
Mahasiswa Universiti Al Azhar Mesir
"Saya memulakan pengajian dengan Darul Fateh sebagai seorang yang kurang berpengetahuan tentang agama, namun sekarang saya merasakan bahawa saya telah memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang Islam. Saya amat menghargai usaha dan kesungguhan guru-guru dalam membantu kami mempelajari agama dengan lebih baik."
Amirah, 30 Tahun
Graduan Master UM

Semua testimoni ini menunjukkan bahawa Darul Fateh adalah sebuah platform yang berkesan dan memberi impak yang positif dalam bidang pengajian agama secara atas talian.

Pengajian Ini Ada Sediakan Rakaman Ke?

YA. Sudah Pasti!

Pengajian di bawah Darul Fateh menyediakan rakaman penuh untuk semua kelas-kelas yang dijalankan. Ini bermakna, para pelajar yang terlepas kelas atau ingin menonton semula kelas-kelas sebelumnya, boleh mengakses rakaman tersebut melalui platform yang kami sediakan dan menonton kembali kelas-kelas tersebut pada bila-bila masa yang sesuai untuk mereka.

Dengan adanya rakaman penuh, pelajar juga boleh merujuk semula kepada nota-nota dan bahan-bahan pengajaran yang disediakan oleh guru-guru di dalam kelas. Ini membolehkan pelajar memperdalamkan pemahaman mereka dan mengukuhkan lagi aspek-aspek yang kurang difahami dalam pembelajaran mereka.

Penggunaan rakaman penuh dalam pengajian di bawah Darul Fateh ini memperlihatkan bahawa platform ini amat mengambil berat tentang kemudahan dan kesesuaian dalam pembelajaran di dalam kalangan pelajarnya.

Bagaimanakah Bentuk Rakaman Akan Diberikan?

Screenshot daripada halaman sistem portal pelajar yang telah dibangunkan oleh darulfateh.com

Akses Rakaman pengajian akan diberikan melalui Sistem Portal Pelajar yang dibangunkan khas kepada pelajar Darul Fateh untuk mengulangi rakaman pengajian.

Ciri-ciri Menarik portal Darul Fateh:

1. Tontonan Rakaman Tanpa Had

Rakaman penuh yang disediakan dalam Sistem Portal Pelajar membolehkan para pelajar menonton kelas-kelas pengajian secara tanpa had. Ini bermakna, pelajar boleh menonton rakaman sebanyak mana yang mereka perlukan, pada bila-bila masa yang sesuai untuk mereka, dan setiap kali mereka ingin menonton kembali kelas yang sama.

2. Rakaman Disusun dengan Rapi Bermula Daripada Awal Pengajian Hingga Khatam:

Rakaman kelas yang disediakan dalam Sistem Portal Pelajar disusun dengan rapi, bermula daripada awal pengajian sehingga khatam. Ini membantu pelajar memahami dan mengikuti kelas-kelas pengajian dengan lebih mudah dan tersusun.

3. Fungsi Bookmark Bagi Setiap Pengajian:

Sistem Portal Pelajar juga menyediakan fungsi bookmark yang membolehkan pelajar menyimpan rekod tontonan mereka, dan melanjutkan menonton dari tempat mereka terhenti sebelumnya. Ini memudahkan para pelajar dalam memantau kemajuan pembelajaran mereka dan tidak perlu mencari-cari tempat yang mereka berhenti sebelumnya.

4. Sijil Penyertaan Digital:

Setelah menamatkan pengajian, pelajar akan menerima sijil penyertaan pengajian dalam bentuk digital. Sijil ini memberi pengiktirafan kepada pelajar atas usaha mereka dalam menyelesaikan pengajian dan dapat digunakan sebagai bukti pengalaman dan pencapaian akademik.

Dengan Sistem Portal Pelajar Darul Fateh, pelajar boleh mengakses pelbagai kelas mengaji secara fleksibel dan boleh menguruskan masa belajar mereka sendiri. 

Selain itu, penggunaan teknologi dalam pembelajaran membolehkan pelajar mempelajari pelbagai topik dengan lebih efektif dan berkesan, tanpa dihadkan oleh jarak atau masa.

Saya Dah Jelas,
Macam Mana Nak Daftar?

Daftar pengajian dengan ikuti 3 langkah mudah.

1. Isi Maklumat Di Borang Pendaftaran

Isi maklumat anda seperti nama, no. telefon & email di ruangan borang pendaftaran.

2. Masukkan Butiran Kad

Masukkan Butiran Kad ATM/Debit atau Kad Kredit anda di ruangan pembayaran

3. Tekan Butang Daftar Sekarang

Tekan butang Daftar Sekarang untuk menyempurnakan pendaftaran.

Pondok Assobirin ni ada Jadual Pengajian ke ?

Sudah Semesti ada.

Rumusan Jadual Di Atas:

Bonus Istimewa

Sebanyak 10 Rakaman Daurah dan Pengajian Yang Telah Lepas Oleh Ustaz Sofuan Shaberi Bagi Yang Mendaftar Pakej Bulanan.

Daurah Pati Musolli
Darul Fateh
Feqah
Daurah Penawar Bagi Hati | Ustaz Sofuan Shaberi
Ustaz Sofuan Shaberi
Tasawuf
Madrasah Assobirin: Syukbah Tasawuf | Kitab Qatrul Ghaisiyyah
Ustaz Sofuan Shaberi
Tasawuf
Daurah Ayyuhal Walad
Ustaz Sofuan Shaberi
Tasawuf
Pengajian Kifayatul Awam
Ustaz Sofuan Shaberi
Feqah
101-soal-jawab-haid-nifas-istihadhah
Daurah 101 Soal Jawab Haid, Nifas & Istihadhah
Ustaz Sofuan Shaberi
Feqah

Sertai Daurah Sekarang

Buat pengetahuan semua, untuk menyertai pengajian ini anda boleh menyertai dengan dua kaedah.

Pakej Keahlian

Pakej Pertama: 
Iaitu melalui pendaftaran dengan menjadi sebahagian daripada Ahli Madrasah as-Sobirin Online kami dengan yuran komitmen hanya RM50/sebulan.

LANGGANAN MADRASAH

(Langganan Bulanan)
RM 100
RM 50
00
/Sebulan
  • Pengajian Live Kitab Pati Munyatu Musolli
  • Pengajian Live Kitab Hasyiah Jauharah Tauhid (Tuhfatul Murid) (Aqidah)
  • Pengajian Live Kitab Syarah Kailani (Soraf)
  • Rakaman semua pengajian diatas
  • Bonus 10 Rakaman Daurah Ustaz Sofuan Shaberi
  • Pengajian Berlangsung di Facebook Group Tertutup
  • Group Whatsapp Tertutup (untuk sebarang soalan dan pertanyaan mengenai pengajian)
Promosi

Atau

Jika anda tidak berminat dengan Pakej Keahlian Langganan Bulanan, anda boleh mendaftar Pakej One Off iaitu :

Pakej 1 Kali Bayar

Pendaftaran 1 Kali Bayar dengan pakej menarik. Akses Rakaman Life Time

PAKEJ ONE OFF

Sekali Bayar Sahaja.​
RM 100
RM 57
00
Terhad 100 orang pertama sahaja.
  • Live Pengajian Daurah Pati Musolli
  • Rakaman Pengajian Daurah Pati Musolli
  • Pengajian Berlangsung di Facebook Group Tertutup.
  • Group Whatsapp Support Tertutup.
Promosi

Jangan biarkan kesibukan menghalang anda daripada menuntut ilmu!

Daftar sekarang dan terus belajar

Buat pengetahuan semua, untuk menyertai pengajian ini anda boleh menyertai dengan dua kaedah.

DAFTAR SEKARANG

Iaitu melalui pendaftaran dengan menjadi sebahagian daripada Ahli Madrasah Assobirin kami dengan yuran komitmen hanya RM50/sebulan.

LANGGANAN MADRASAH

(Langganan Bulanan)
RM 100
RM 50
00
/Sebulan
  • Pengajian Secara Live Sebanyak 3 Bagi Tiap-tiap Mingu
  • Rakaman Pengajian Bagi Pengajian-pengajian Yang Telah lalu
  • Bonus 10 Rakaman Terpilih Daripada Daurah Ustaz Sofuan Shaberi
  • Pengajian Berlangsung di Facebook Group Tertutup.
  • Group Whatsapp Support Tertutup.
Promosi

Atau

Jika anda tidak berminat dengan Pakej Keahlian Langganan Bulanan, anda boleh mendaftar Pakej One Off iaitu :

Pakej 1 Kali Bayar

Pendaftaran 1 Kali Bayar dengan pakej menarik. Akses Rakaman Life Time

PAKEJ ONE OFF

Sekali Bayar Sahaja.
RM 100
RM 50
00
/Sekali Bayar
  • Kelas Live Pengajian
  • Rakaman Pengajian
  • Bonus: Rakaman Webinar Dhobit Kitab
  • Bonus: PDF Rumuz Dhobit Kitab
Promosi

Soalan-Soalan Lazim

Tidak, semua kelas dirakam dan boleh ditonton pada bila-bila masa yang sesuai dengan jadual anda.

Jangan risau! Semua rakaman kelas disimpan dan boleh diakses bila-bila masa.

Sudah tentu! Kami ada sesi soal jawab mingguan dan forum pelajar untuk perbincangan.

Rakaman pengajian boleh di akses melalui dua cara :

1. Facebook Group Daurah

2. Laman web darulfateh.com

Sebarang soalan berkaitan rakaman boleh rujuk Admin Darul Fateh wa.me/601111916346

Tidak, semua kelas dirakam dan boleh ditonton pada bila-bila masa yang sesuai dengan jadual anda.

Jangan risau! Semua rakaman kelas disimpan dan boleh diakses bila-bila masa.

Sudah tentu! Kami ada sesi soal jawab mingguan dan forum pelajar untuk perbincangan.

Ya, buat masa sekarang kami akan adakan kelas ini secara bulanan 3 Kitab seminggu pada hari Ahad, Isnin dan Selasa.

Buat masa sekarang kami adakan Yuran Peserta  hanya RM50 sebulan. 

Untuk pembayaran, kami hanya menerima pembayaran melalui Kad ATM/Debit / Kad Kredit sahaja.

Ya boleh, anda boleh batalkan langganan anda pada bila-bila masa dengan menghubungi Admin kami.

wa.me/601111916346

Tiada apa-apa cas tersembunyi yang akan dikenakan.

MONEY BACK GUARANTEE

Jika anda sudah tonton semua Live, video daurah, belajar ilmu dan lakukan tindakan dengan ilmu yang telah dikongsikan tetapi tiada sebarang manfaat yang ada perolehi dalam masa 30 hari, kami sedia pulangkan wang anda semula tanpa banyak soal.

KAMI MENERIMA BAYARAN SEPERTI DIBAWAH: