Kuasai 2 bahagian Feqah dengan belajar 1 kitab

Sukar mencari rujukan pantas & terbaik bab Feqah terutama bidang Munakahat & Jinayah?

Nak sangat dalami semua bidang utama Feqah tapi tak tahu nak mula dari mana?
Kami faham perasaan anda sebab kami juga pernah berada dalam situasi yang sama suatu ketika dahulu.

Sebab itu kami datangkan kepada anda 1 solusi yang mungkin sesuai dengan anda iaitu:

Daurah Tahrir Tanqih Lubab – Sambungan
Agar anda dapat kuasai 2 bidang utama dalam Feqah secara lebih jelas & menyeluruh.

Jom Daftar Daurah Tahrir Tanqih Al-Lubab dengan yuran promosi RM 69 Yuran Promo atau RM40 Yuran Pelajar

Apa Yang Menarik Tentang Sejarah
Kitab Tahrir Tanqih Lubab ni?

Kitab Tahrir Tanqih al-Lubab (تحربر تنقيه اللباب) merupakan sebuah karya Syaikh al-Islam, al-Qadhi Zaynuddin Abu Yahya Zakariya bin Muhammad bin Ahmad al-Anshari al-Sunaiki al-Mishri (823-926H).

Syaikh al-Islam menyusun kitab yang terkenal dengan judul ringkasnya al-Tahrir ini sebagai ringkasan bagi kitab Tanqih al-Lubab (تنقيه اللباب), iaitu karya al-Imam Waliyuddin Abu Zur’ah Ahmad bin al-Hafizh Abdul Rahim al-‘Iraqi (762-826H). Sedangkan kitab Tanqih al-Lubab sendiri merupakan ringkasan bagi kitab al-Lubab fil-Fiqh al-Syafi’i (اللباب في الفقه الشافعي) karya al-Imam al-Qadhi Abu al-Hasan Ahmad bin Muhammad bin Ahmad al-Dhabi al-Mahamili al-Syafi’i (368-415H).

Yang Lagi Menarik Untuk Anda Dalami Kitab Ini Adalah

1. Mendapat gambaran keseluruhan bab Munakahat dan Jinayah dalam Feqah Mazhab Syafie.

2. Penyusunan bab yang lebih terperinci, oleh kerana beliau seorang Ulama' & seorang Qadhi, maka bab disusun dengan begitu teliti.

3. Guru yang berpengalaman. Alfadhil Baba Abdul Razak adalah guru yang berpengalaman dalam mengajar kitab-kitab utama dalam mazhab syafie. Antaranya kitab Minhajul Tolibin karangan Imam An-nawawi.

4. Rakaman penuh pengajian

Peserta akan mendapat rakaman penuh pengajian yang akan dapat diakses melalui portal pelajar di laman web darulfateh.com

Menarik kan?
Sangat rugi kalau anda tak sertai sekarang kerana peluang sebegi bukan selalu ada.

Khas bersama Baba Abdul Razak bin Borhanuddin

Baba Abdul Razak bin Borhanuddin ​

(Pensyarah Pusat Pengajian Pondok YIK)
(Jurulatih & Pembimbing Peserta – Johan Pertandingan Dhobit Kitab Peringkat Kebangsaan)

Biodata Tuan Guru

LATAR BELAKANG PENGAJIAN
– Pondok Perupok, Mundok, Fathoni (4 tahun)
– Pusat Pengajian Pondok, Kandis (6 tahun)
– Universiti al-Azhar, Dirasat Islamiah (2 tahun)

GURU BELIAU
– Baba Haji Daud (Perupok)
– Syeikh Wazir al-Makki
– Tn Guru Hj Hasan Mentuan
– Tn Guru Hj Ariffin Awang, Pondok Moden
– Tn Guru Hj Zakaria Melor, Pondok Moden
– Baba Ismail Sepanjang
– Tn Guru Hj Nik Soh, Kedai Menanti (Murid Tok Kenali)

Kenali
Pusat Pengajian Darul Fateh

Darul Fateh adalah sebuah platform digital atas talian yang ditubuhkan untuk memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk belajar agama melalui kaedah talaqqi secara tersusun dan berperingkat. Idea untuk menubuhkan platform ini adalah untuk menyelesaikan kesukaran orang awam dalam menghadiri majlis talaqqi kitab agama kerana kekangan masa dan peluang yang ada. Dengan menggunakan platform online, semua orang boleh belajar agama tanpa terlepas mana-mana kelas dan dapat ditonton berulang kali pada bila-bila masa sahaja.

 

Untuk pengetahuan anda juga kami telah menjalankan pengajian sebanyak 30 lebih pengajian berkitab sepanjang 2 tahun

Screenshot daripada halaman senarai pengajian di dalam laman web rasmi darul Fateh.

Apa kata pelajar yang telah menyertai Kelas Pengajian Kami

" Saya amat berpuas hati dengan Darul Fateh kerana ia memberi peluang kepada saya untuk belajar agama dengan lebih mudah dan fleksibel. Saya juga boleh menonton kembali kelas-kelas sebelum ini dan menambah pemahaman saya dalam bidang agama. "
Ahmad Arif, 23 Tahun
Mahasiswa UIS
"Sebagai seorang yang bekerja sepenuh masa, saya memerlukan platform seperti Darul Fateh untuk mengikuti kelas-kelas agama. Saya amat menghargai cara penyampaian yang jelas dan mudah difahami, dan juga adanya forum diskusi yang membolehkan saya bertanya soalan."
Arifah, 25 Tahun
Graduan Universiti UIAM
"Darul Fateh merupakan platform yang sangat baik untuk orang-orang yang ingin mempelajari agama dalam suasana yang mesra dan fleksibel. Saya sangat berterima kasih kerana adanya platform ini yang membolehkan saya meningkatkan ilmu agama dengan lebih mudah."
Anas, 25 Tahun
Mahasiswa Universiti Al Azhar Mesir
"Saya memulakan pengajian dengan Darul Fateh sebagai seorang yang kurang berpengetahuan tentang agama, namun sekarang saya merasakan bahawa saya telah memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang Islam. Saya amat menghargai usaha dan kesungguhan guru-guru dalam membantu kami mempelajari agama dengan lebih baik."
Amirah, 30 Tahun
Graduan Master UM

Semua testimoni ini menunjukkan bahawa Darul Fateh adalah sebuah platform yang berkesan dan memberi impak yang positif dalam bidang pengajian agama secara atas talian.

Pengajian Ini Ada Sediakan Rakaman Ke?

YA. Sudah Pasti!

Pengajian di bawah Darul Fateh menyediakan rakaman penuh untuk semua kelas-kelas yang dijalankan. Ini bermakna, para pelajar yang terlepas kelas atau ingin menonton semula kelas-kelas sebelumnya, boleh mengakses rakaman tersebut melalui platform yang kami sediakan dan menonton kembali kelas-kelas tersebut pada bila-bila masa yang sesuai untuk mereka.

Dengan adanya rakaman penuh, pelajar juga boleh merujuk semula kepada nota-nota dan bahan-bahan pengajaran yang disediakan oleh guru-guru di dalam kelas. Ini membolehkan pelajar memperdalamkan pemahaman mereka dan mengukuhkan lagi aspek-aspek yang kurang difahami dalam pembelajaran mereka.

Penggunaan rakaman penuh dalam pengajian di bawah Darul Fateh ini memperlihatkan bahawa platform ini amat mengambil berat tentang kemudahan dan kesesuaian dalam pembelajaran di dalam kalangan pelajarnya.

Bagaimanakah Bentuk Rakaman
Akan Diberikan?

Screenshot daripada halaman sistem portal pelajar yang telah dibangunkan oleh darulfateh.com

Akses Rakaman pengajian akan diberikan melalui Sistem Portal Pelajar yang dibangunkan khas kepada pelajar Darul Fateh untuk mengulangi rakaman pengajian.

1. Tontonan Rakaman Tanpa Had

Rakaman penuh yang disediakan dalam Sistem Portal Pelajar membolehkan para pelajar menonton kelas-kelas pengajian secara tanpa had. Ini bermakna, pelajar boleh menonton rakaman sebanyak mana yang mereka perlukan, pada bila-bila masa yang sesuai untuk mereka, dan setiap kali mereka ingin menonton kembali kelas yang sama.

2. Rakaman Disusun dengan Rapi Bermula Daripada Awal Pengajian Hingga Khatam:

Rakaman kelas yang disediakan dalam Sistem Portal Pelajar disusun dengan rapi, bermula daripada awal pengajian sehingga khatam. Ini membantu pelajar memahami dan mengikuti kelas-kelas pengajian dengan lebih mudah dan tersusun.

3. Fungsi Bookmark Bagi Setiap Pengajian:

Sistem Portal Pelajar juga menyediakan fungsi bookmark yang membolehkan pelajar menyimpan rekod tontonan mereka, dan melanjutkan menonton dari tempat mereka terhenti sebelumnya. Ini memudahkan para pelajar dalam memantau kemajuan pembelajaran mereka dan tidak perlu mencari-cari tempat yang mereka berhenti sebelumnya.

4. Disediakan Sijil Penyertaan Pengajian Berbentuk Digital:

Setelah menamatkan pengajian, pelajar akan menerima sijil penyertaan pengajian dalam bentuk digital. Sijil ini memberi pengiktirafan kepada pelajar atas usaha mereka dalam menyelesaikan pengajian dan dapat digunakan sebagai bukti pengalaman dan pencapaian akademik.

Dengan Sistem Portal Pelajar Darul Fateh, pelajar boleh mengakses pelbagai kelas mengaji secara fleksibel dan boleh menguruskan masa belajar mereka sendiri. Selain itu, penggunaan teknologi dalam pembelajaran membolehkan pelajar mempelajari pelbagai topik dengan lebih efektif dan berkesan, tanpa dihadkan oleh jarak atau masa.

Saya Dah Jelas,
Macam Mana Nak Daftar?

Daftar pengajian dengan ikuti 3 langkah mudah.

1. Isi Maklumat Di Borang Pendaftaran

Isi maklumat anda seperti nama, no. telefon & email di ruangan borang pendaftaran.

2. Masukkan Butiran Kad

Pilih kaedah pembayaran, anda boleh lakukan pembayaran menggunakan FPX atau melalui Kad Debit atau Kad Kredit.

3. Tekan Butang Daftar Sekarang

Tekan butang Daftar Sekarang untuk menyempurnakan pendaftaran.

DAFTAR SEGERA

Dapatkan diskaun RM10 dengan masukkan Kod Kupon ‘SAF10’ ketika ‘Checkout’

YURAN PROMOSI

Sekali Bayar Sahaja Sehingga Khatam
RM 99
RM 69
00
/Sekali bayar sahaja
  • Akses Rakaman Pengajian Bagi Kitab Tahrir Tanqih Al-Lubab Bab Munakahat & Jenayah sahaja Selama Seumur Hidup
    (Bernilai RM99.00)
  • Rakaman Dapat Diakses Pada Bila-bila Masa Sahaja.
  • Poster Rumuz Dhobit Versi Ke - 2
  • Pengajian Melalui Zoom Tertutup.
  • Percuma PDF Kitab Pengajian.
PROMOSI

YURAN PELAJAR

Sekali Bayar Sahaja Sehingga Khatam
RM 99
RM 40
00
/ Sekali Bayar Sahaja
  • Akses Rakaman Pengajian Bagi Kitab Tahrir Tanqih Al-Lubab Bab Munakahat & Jenayah sahaja Selama Seumur Hidup
    (Bernilai RM99.00)
  • Rakaman Dapat Diakses Pada Bila-bila Masa Sahaja.
  • Poster Rumuz Dhobit Versi Ke - 2
  • Pengajian Melalui Zoom Tertutup.
  • Percuma PDF Kitab Pengajian.
Pelajar

JAMINAN PULANGAN WANG

Jika anda sudah tonton semua video daurah, belajar ilmu dan lakukan tindakan dengan ilmu yang telah dikongsikan tetapi tiada sebarang manfaat yang ada perolehi dalam masa 30 hari, kami sedia pulangkan wang anda semula tanpa banyak soal.

KAMI MENERIMA BAYARAN SEPERTI DI BAWAH: