Pengajian Sedang Berjalan Sekarang. Tarikh Mula Pengajian pada 7 Februari 2023. 

Rakaman Penuh Pengajian Disediakan Sepenuhnya pada awal pengajian sehingga akhir pengajian.

Perhatian Kepada Anda Yang Dah Lama Belajar  Tasawwuf

Tapi Masih Tidak Jelas Di Mana Mahu Bermula ?

Nak sangat belajar ilmu Tasawwuf secara tersusun dari kitab ke kitab namun belum ada peluang dan masa untuk sertai?

Sertai Madrasah Assobirin – Syukbah Tasawuf

Pelajari ilmu Tasawwuf dengan gaya bahasa yang mudah

Jom Daftar Daurah Risalah Jamiah dengan yuran promosi RM 79 Sahaja.

Dah Lama Belajar Tasawwuf
Tapi Sedang Hadapi Masalah di Bawah?

Rasa menyesal sebab tidak belajar ilmu Tasawwuf secara tersusun.

Kami faham sangat apa yang anda lalui, sebab kami sendiri pernah berada pada situasi yang sama.

Sebab itu, kami dari Darul Fateh nak adakan 1 daurah khas buat pemula yang nak dalami Feqh Ibadat dengan lebih mendalam.

Teruskan baca sampai habis untuk kami bantu anda.

Memperkenalkan:
Pengajian Madrasah Assobirin -
(Syukbah Tasawuf)

Maklumat Kelas Pengajian

Tarikh Mula Pengajian

Bermula Pada 10 September 2023

Jangkaan Khatam

Jangkaan Khatam Kitab Qatrul Ghaisiyyah selama 3 Bulan

Hari Pengajian

Ahad, Isnin & Selasa

Masa Pengajian

Bermula Jam 5.00 Petang

Pengenalan Pengajian
Madrasah Assobirin Syukbah Aqidah

Madrasah Assobirin merupakan inisiatif Darul Fateh bersama-sama Pondok as-Sobirin yang memfokuskan kepada pembacaan kitab dalam ilmu Tasawwuf.

Ilmu Tasawwuf adalah ilmu fardu ain yang wajib dipelajari oleh semua orang Islam.

Menyedari kepentingan ini, kami mengambil inisiatif untuk mengadakan pengajian Madrasah as-Sobirin Syukbah Tasawwuf bagi memberi peluang kepada masyarakat kita untuk mendalami ilmu Tasawwuf secara bersistematik.

Roadmap Senarai Kitab yang akean dipelajari.

Qatrul Ghaisiyyah
Hidayatus Salikin
Sairus Salikin

Pengenalan Ringkas Kitab-Kitab
Yang Akan Dibaca

Kitab Pertama:
Qatrul Ghaisiyyah

Nama penuh kitab ini ialah Qatrul Ghaithiyyah Fi Ilmi Al-Sufiyyah yang dikarang oleh Sheikh Husein Nasir bin Muhammad Toyyib Al-Mas’udi Al-Banjari atau lebih dikenali dengan gelaran Tuan Hussin Kedah.

 

Kitab jawi ini membincangkan ilmu Tasawuf yang diambil daripada kitab asal yang berbahasa arab seperti Minhajul ‘Abidin Imam Al-Ghazali dan Al-Hikam Ibn ‘Athoillah.

Kitab ini disusun dengan satu Muqaddimah, empat fasal dan satu khatimah (penutup).

 

Bab 1. Muqaddimah

Bab 2. Pengambilan Nas-Nas dan Maksudnya

Bab 3. Keadaan Orang-Orang yang Musyahadah Haq Taala

Bab 4. Kata-Kata Hikmah

Bab 5. Halangan Orang-Orang Salik

Bab 6. Penutup

Kitab Kedua:
Hidayatus Salikin

Kitab Hidayah al-Salikin Fi Suluk Maslak al-Muttaqin adalah karangan SyeikhAbdul Samad al-Falimbani yang tersohor dengan ketinggian ilmu agamanya sehingga tersebar ke seluruh pelusuk nusantara.

Kitab ini dikemaskini semula oleh Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam agar bertepatan dengan kehendak semasa pembaca. Terjemaahan dan tambahan kepada kitab “Bidayatul Hidayah” yang memuatkan perbahasan tentang amalan-amalan khusus ilmu fardu Ain dalam membentuk keperibadian Muslim untuk dekat dengan Allah. Antara fokus utama dalam buku ini:

 

  • Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
  • Ibadah.
  • Adab.
  • Akhlak Muslim.
  • Penyucian Jiwa.
  • Zikir-zikir
  • Nasihat ulama.

Kitab Ketiga:
Sairus Salikin

Sair al-Salikin ila ‘Ibadati Rabbil ‘Alamin adalah merupakan sebuah karya agung tasawwuf didalam bahasa Melayu. Ianya adalah kitab yang sangat terkenal di Nusantara dan dikarang oleh Syeikh Abdul Somad al-Falembani. Kitab ini terdiri daripada 4 juzuk sebagaimana juga kitab Ihya Ulum al-Din.

 

Juzuk pertama membahaskan ilmu Usuluddin dan segala perkara berkaitan dengan ibadat yang zahir – ditulis pada 1193H/1779M dan siap pada awal tahun 1194H/1780M di Mekah.

 

Juzuk kedua yang menyatakan adat yakni pada menyatakan hukum dan adab yang berlaku pada adat seperti makan-minum dan sebagainya – mulai ditulis pada 1194H/1780M dan selesai pada hari Sabtu, 19 Ramadan 1195H/1781 di Thaif.

 

Juzuk ketiga pada menyatakan Muhlikat yakni perkara-perkara yang membinasakan sekalian amal – mulai ditulis pada tahun 1195H/1781M dan diselesaikan pada 19 Safar 1197 H/1783 M di Makkah.

 

Juzuk keempat pada menyatakan Munjiyat yakni perkara-perkara yang melepaskan daripada yang membinasakan sekelian amal – Syeikh Abdul Somad tidak menyebut tahun ia mula menulisnya, tetapi beliau selesai menulisnya pada 20 Ramadan 1203H/1788 di Thaif.

 

Sebahagian besar isi kandungan kitab ini adalah merupakan terjemahan daripada Lubabul Ihya iaitu mukhtasar (ringkasan) kitab Ihya Ulumiddin.

 

Namun begitu, Syeikh Abdul Somad juga mengutip mutiara-mutiara ilmu daripada kitab-kitab lain di masukkan ke dalam Sairus Salikin. Antaranya kitab karangan Imam al-Ghazali seperti Ihya Ulumiddin, Bidayah al-Hidayah, Madhmun, Jawahirul Qur’an, Minhajul ‘Abidin, Arbai’in fi Ushuliddin

 

Di dalam kitab ini juga, Syeikh Abdul Somad telah mengkategorikan kitab-kitab tasawuf kepada 3 peringkat untuk dipelajari dan dikaji oleh golongan mubtadi, mutawassith dan muntahi. Adapun kitab yang beliau karang ini, beliau kategorikan sebagai kitab lanjutan yang patut dikaji bagi murid yang mubtadi setelah mempelajari dan mengkaji kitab Hidayatus Salikin yang juga dikarang oleh beliau.

Khas Bersama Ustaz Sofuan Shaberi
(Guru Pondok Tunjong & Tenaga Pengajar Darul Fateh)

Ustaz Sofuan Shaberi

Biodata Tuan Guru

Ustaz Muhammad Sofuan bin Shaberi adalah salah seorang tenaga pengajar Pondok Tunjong merangkap Guru di Pusat Pengajian Darul Fateh. Beliau memulakan pengajian kitab turath seawal umur 14 tahun lagi iaitu ketika menuntut ilmu di Maahad Muhammadi Lelaki.

Pada ketika tersebut, beliau banyak ulang alik ke Pondok Pasir Tumboh dan Pondok Tunjong terutama apabila musim cuti sekolah. 

Minatnya kepada ilmu turath sangat mendalam sehingga beliau menetap di Pondok Tunjong selepas STAM untuk mengikuti pengajian di sana sebelum menyambung pengajian ke Universiti al-Azhar, Mesir.

Sebelum berangkat ke Mesir, beliau sudah mulazamah bertalaqqi dengan beberapa orang guru antaranya TG Azrihisham, TG Yusuf, TG Hj Mat, TG Ayah Mat Beris dan lain-lain. Menariknya, sepulangnya beliau daripada Mesir, beliau terus istiqamah belajar dengan guru tersebut sehingga ke hari ini.

Bakat besar beliau dalam bidang turath sudah dikesan seawal Tingkatan 5, pada waktu tersebut beliau sudahpun membacakan kitab-kitab turath kepada adik-adik junior di Maahad Muhammad Lelaki, Kota Bharu.

Justeru, sehingga sekarang beliau aktif membacakan kitab turath @ kitab kuning kepada pelajar di Pondok Tunjong dan Pusat Pengajian Darul Fateh serta di masjid-masjid sekitar Kelantan.

Maka, pemilihan beliau untuk memimpin Madrasah as-Sobirin adalah keputusan yang tepat kerana pengalaman yang luas dalam bidang Turath dan beliau sendiri belajar kitab-kitab dalam Madrasah ini secara kulit-ke kulit daripada guru-gurunya.

Latar belakang pengajian

SK Pangkal Nering
Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu (2002-2008)
Pondok Tunjong (2003 – sekarang)
Universiti al-Azhar, Mesir (2009-2015)
Kolej Universiti Sultan Ismail Petra (2015-2017)

Kenapa perlu belajar Ilmu Aqidah
dengan bimbingan Ustaz Sofuan Shaberi

Kelebihan Anda Sertai Daurah Ini

1. Akses Rakaman Daurah (Seumur Hidup)

Darul Fateh akan menyediakan rakaman daurah di laman web kami. Setiap pelajar akan dapat akses rakaman melalui portal pelajar di darulfateh.com

2. E-Sijil Penyertaan

Peserta berdaftar akan mendapat e-sijil penyertaan Daurah setelah khatam.

3. Poster Simbol/Rumus Dhobit Kitab

Kata guru kami: Pengikat penuntut ilmu dengan kitab ialah Dhobit ataupun catatan yang ditulis semasa pengajian. Maka, sangat penting bagi penuntut ilmu untuk menjaga dhobit kitab supaya apa yang kita tulis dapat difahami dan menjadi rujukan kepada kita kelak.Oleh itu, Poster Rumus Dhobit Kitab akan diberikan secara percuma kepada peserta berdaftar. Poster Dhobit ini adalah rumuz yang selalu digunakan oleh pelajar-pelajar Pondok untuk dhobit kitab mereka.

4. PDF Percuma bagi Semua Kitab Yang Akan Dibaca.

Pelajar akan diberikan PDF kitab bagi pengajian yang akan dipelajari versi Rumi dan boleh dimuat turun PDF tersebut dan print untuk tujuan pengajian.

Kenali
Pusat Pengajian Darul Fateh

Darul Fateh adalah sebuah platform digital atas talian yang ditubuhkan untuk memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk belajar agama melalui kaedah talaqqi secara tersusun dan berperingkat. Idea untuk menubuhkan platform ini adalah untuk menyelesaikan kesukaran orang awam dalam menghadiri majlis talaqqi kitab agama kerana kekangan masa dan peluang yang ada. Dengan menggunakan platform online, semua orang boleh belajar agama tanpa terlepas mana-mana kelas dan dapat ditonton berulang kali pada bila-bila masa sahaja.

 

Untuk pengetahuan anda juga kami telah menjalankan pengajian sebanyak 30 lebih pengajian berkitab sepanjang 2 tahun

Screenshot daripada halaman senarai pengajian di dalam laman web rasmi darul Fateh.

Apa kata pelajar yang telah menyertai Kelas Pengajian Kami

" Saya amat berpuas hati dengan Darul Fateh kerana ia memberi peluang kepada saya untuk belajar agama dengan lebih mudah dan fleksibel. Saya juga boleh menonton kembali kelas-kelas sebelum ini dan menambah pemahaman saya dalam bidang agama. "
Ahmad Arif, 23 Tahun
Mahasiswa UIS
"Sebagai seorang yang bekerja sepenuh masa, saya memerlukan platform seperti Darul Fateh untuk mengikuti kelas-kelas agama. Saya amat menghargai cara penyampaian yang jelas dan mudah difahami, dan juga adanya forum diskusi yang membolehkan saya bertanya soalan."
Arifah, 25 Tahun
Graduan Universiti UIAM
"Darul Fateh merupakan platform yang sangat baik untuk orang-orang yang ingin mempelajari agama dalam suasana yang mesra dan fleksibel. Saya sangat berterima kasih kerana adanya platform ini yang membolehkan saya meningkatkan ilmu agama dengan lebih mudah."
Anas, 25 Tahun
Mahasiswa Universiti Al Azhar Mesir
"Saya memulakan pengajian dengan Darul Fateh sebagai seorang yang kurang berpengetahuan tentang agama, namun sekarang saya merasakan bahawa saya telah memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang Islam. Saya amat menghargai usaha dan kesungguhan guru-guru dalam membantu kami mempelajari agama dengan lebih baik."
Amirah, 30 Tahun
Graduan Master UM

Semua testimoni ini menunjukkan bahawa Darul Fateh adalah sebuah platform yang berkesan dan memberi impak yang positif dalam bidang pengajian agama secara atas talian.

Pengajian Ini Ada Sediakan Rakaman Ke?

YA. Sudah Pasti!

Pengajian di bawah Darul Fateh menyediakan rakaman penuh untuk semua kelas-kelas yang dijalankan. Ini bermakna, para pelajar yang terlepas kelas atau ingin menonton semula kelas-kelas sebelumnya, boleh mengakses rakaman tersebut melalui platform yang kami sediakan dan menonton kembali kelas-kelas tersebut pada bila-bila masa yang sesuai untuk mereka.

Dengan adanya rakaman penuh, pelajar juga boleh merujuk semula kepada nota-nota dan bahan-bahan pengajaran yang disediakan oleh guru-guru di dalam kelas. Ini membolehkan pelajar memperdalamkan pemahaman mereka dan mengukuhkan lagi aspek-aspek yang kurang difahami dalam pembelajaran mereka.

Penggunaan rakaman penuh dalam pengajian di bawah Darul Fateh ini memperlihatkan bahawa platform ini amat mengambil berat tentang kemudahan dan kesesuaian dalam pembelajaran di dalam kalangan pelajarnya.

Bagaimanakah Bentuk Rakaman
Akan Diberikan?

Screenshot daripada halaman sistem portal pelajar yang telah dibangunkan oleh darulfateh.com

Akses Rakaman pengajian akan diberikan melalui Sistem Portal Pelajar yang dibangunkan khas kepada pelajar Darul Fateh untuk mengulangi rakaman pengajian.

1. Tontonan Rakaman Tanpa Had

Rakaman penuh yang disediakan dalam Sistem Portal Pelajar membolehkan para pelajar menonton kelas-kelas pengajian secara tanpa had. Ini bermakna, pelajar boleh menonton rakaman sebanyak mana yang mereka perlukan, pada bila-bila masa yang sesuai untuk mereka, dan setiap kali mereka ingin menonton kembali kelas yang sama.

2. Rakaman Disusun dengan Rapi Bermula Daripada Awal Pengajian Hingga Khatam:

Rakaman kelas yang disediakan dalam Sistem Portal Pelajar disusun dengan rapi, bermula daripada awal pengajian sehingga khatam. Ini membantu pelajar memahami dan mengikuti kelas-kelas pengajian dengan lebih mudah dan tersusun.

3. Fungsi Bookmark Bagi Setiap Pengajian:

Sistem Portal Pelajar juga menyediakan fungsi bookmark yang membolehkan pelajar menyimpan rekod tontonan mereka, dan melanjutkan menonton dari tempat mereka terhenti sebelumnya. Ini memudahkan para pelajar dalam memantau kemajuan pembelajaran mereka dan tidak perlu mencari-cari tempat yang mereka berhenti sebelumnya.

4. Disediakan Sijil Penyertaan Pengajian Berbentuk Digital:

Setelah menamatkan pengajian, pelajar akan menerima sijil penyertaan pengajian dalam bentuk digital. Sijil ini memberi pengiktirafan kepada pelajar atas usaha mereka dalam menyelesaikan pengajian dan dapat digunakan sebagai bukti pengalaman dan pencapaian akademik.

Dengan Sistem Portal Pelajar Darul Fateh, pelajar boleh mengakses pelbagai kelas mengaji secara fleksibel dan boleh menguruskan masa belajar mereka sendiri. Selain itu, penggunaan teknologi dalam pembelajaran membolehkan pelajar mempelajari pelbagai topik dengan lebih efektif dan berkesan, tanpa dihadkan oleh jarak atau masa.

Saya Dah Jelas,
Macam Mana Nak Daftar?

Daftar pengajian dengan ikuti 3 langkah mudah.

1. Isi Maklumat Di Borang Pendaftaran

Isi maklumat anda seperti nama, no. telefon & email di ruangan borang pendaftaran.

2. Masukkan Butiran Kad

Pilih kaedah pembayaran, anda boleh lakukan pembayaran menggunakan FPX atau melalui Kad Debit atau Kad Kredit.

3. Tekan Butang Daftar Sekarang

Tekan butang Daftar Sekarang untuk menyempurnakan pendaftaran.

DAFTAR SEGERA

Dapatkan diskaun RM10 dengan masukkan Kod Kupon ‘SAF10’ ketika ‘Checkout’

YURAN PROMOSI

Bagi Kitab Qatrul Ghaisiyyah sahaja.
RM 200
RM 150
00
/Sekali bayar sahaja
  • Akses Rakaman Pengajian Bagi Kitab Qatrul Ghaisiyyah sahaja Selama Seumur Hidup
    (Bernilai RM189.00)
  • Jangkaan Khatam 3 Bulan Bagi Kitab Qatrul Ghaisiyyah
  • Rakaman Dapat Diakses Pada Bila-bila Masa Sahaja.
  • Poster Rumuz Dhobit Versi Ke - 2
  • Pengajian Melalui Facebook Group Tertutup.
  • Percuma PDF Kitab Pengajian.
PROMOSI

YURAN ANSURAN

Bagi Kitab Qatrul Ghaisiyyah sahaja.
RM 200
RM 80
00
/ 2 kali bayar selama 2 bulan
  • Akses Rakaman Pengajian Bagi Kitab Qatrul Ghaisiyyah sahaja Selama Seumur Hidup
    (Bernilai RM189.00)
  • Jangkaan Khatam 3 Bulan Bagi Kitab Qatrul Ghaisiyyah
  • Rakaman Dapat Diakses Pada Bila-bila Masa Sahaja.
  • Poster Rumuz Dhobit Versi Ke - 2
  • Pengajian Melalui Facebook Group Tertutup.
  • Percuma PDF Kitab Pengajian.
ANSURAN

JAMINAN PULANGAN WANG

Jika anda sudah tonton semua video daurah, belajar ilmu dan lakukan tindakan dengan ilmu yang telah dikongsikan tetapi tiada sebarang manfaat yang ada perolehi dalam masa 30 hari, kami sedia pulangkan wang anda semula tanpa banyak soal.

KAMI MENERIMA BAYARAN SEPERTI DI BAWAH: