“Ada pelajar kami yang berada di Mesir, mengikuti pengajian di Darul Fateh seawal jam 3.00 pagi kerana kelas bermula jam 9.00 pagi waktu Malaysia.”
“Mereka sanggup mengorbankan masa tidur kerana semangat dalam menuntut ilmu, Namun ada dalam kalangan mereka mengalami masalah kewangan sekaligus tidak dapat meneruskan pengajian Kuliah Pondok.”
Kuliah Pondok merupakan satu program khas anjuran Pondok As-Sohabah, Kok Lanas dengan kerjasama Darul Fateh bagi memberi peluang kepada penuntut ilmu mendalami 10 disiplin ilmu yang berbeza dengan pengajian 10 kitab yang berbeza. Pemilihan 10 kitab adalah untuk membina kemahiran membaca kitab dan menguasai kitab arab.
Di samping itu, tujuan utama Kuliah Pondok dianjurkan bagi melahirkan para penuntut ilmu yang mempunyai malakah (kemahiran) ilmu melalui pelbagai disiplin ilmu.
RM120 / bulan
Atau RM1200 / tahunan
Namun, pihak Darul Fateh membuka peluang sumbangan bagi mengumpul Dana Biasiswa Kuliah Pondok dengan beberapa pakej sumbangan berbeza bagi memudahkan anda untuk menaja mengikut kemampuan anda.
Ayuh sama-sama menyumbang bagi mengumpulkan Dana Biasiswa Kuliah Pondok bagi membantu para pelajar yang kurang berkemampuan untuk sama-sama melahirkan para penuntut ilmu yang faqih seterusnya dapat berkhidmat untuk masyarakat dan ummah di Malaysia khususnya.