Sumbangan Biasiswa Kuliah Pondok

Jana saham akhirat bersama Darul Fateh

“Ada pelajar kami yang berada di Mesir, mengikuti pengajian di Darul Fateh seawal jam 3.00 pagi kerana kelas bermula jam 9.00 pagi waktu Malaysia.”

“Mereka sanggup mengorbankan masa tidur kerana semangat dalam menuntut ilmu, Namun ada dalam kalangan mereka mengalami masalah kewangan sekaligus tidak dapat meneruskan pengajian Kuliah Pondok.”

Jom Bersama Darul Fateh taja pelajar Kuliah Pondok!


SAYA NAK SUMBANG SEKARANG

Apa itu Kuliah Pondok?

Kuliah Pondok merupakan satu program khas anjuran Pondok As-Sohabah, Kok Lanas dengan kerjasama Darul Fateh bagi memberi peluang kepada penuntut ilmu mendalami 10 disiplin ilmu yang berbeza dengan pengajian 10 kitab yang berbeza. Pemilihan 10 kitab adalah untuk membina kemahiran membaca kitab dan menguasai kitab arab.

https://www.youtube.com/watch?v=7LwoNG_ZdbA

Senarai kitab yang dipelajari Para Pelajar Kuliah Pondok


Di samping itu, tujuan utama Kuliah Pondok dianjurkan bagi melahirkan para penuntut ilmu yang mempunyai malakah (kemahiran) ilmu melalui pelbagai disiplin ilmu.

Berapakah Yuran Pengajian Kuliah Pondok?

RM120 / bulan

Atau RM1200 / tahunan

Namun, pihak Darul Fateh membuka peluang sumbangan bagi mengumpul Dana Biasiswa Kuliah Pondok dengan beberapa pakej sumbangan berbeza bagi memudahkan anda untuk menaja mengikut kemampuan anda.

Pakej Sumbangan Dana Biasiswa Kuliah Pondok

  • Pakej Imam Ramli : RM 30
  • Pakej Imam Muzani : RM 50
  • Pakej Imam Buwaithi : RM 80
  • Pakej Imam Syafie : RM 120

Peluang Saham Akhirat Buat Anda!

Ayuh sama-sama menyumbang bagi mengumpulkan Dana Biasiswa Kuliah Pondok bagi membantu para pelajar yang kurang berkemampuan untuk sama-sama melahirkan para penuntut ilmu yang faqih seterusnya dapat berkhidmat untuk masyarakat dan ummah di Malaysia khususnya.

Langkah Untuk Sumbangan Dana Biasiswa Kuliah Pondok

  • Isi maklumat anda pada borang di bawah
  • Pilih pakej sumbangan
  • Klik butang “Sumbang Sekarang” untuk membuat bayaran secara online melalui online banking

Borang Sumbangan








  • Jika anda ingin menyumbang dengan jumlah tertentu, sila masukkan nilai pada ruangan di bawah


  • Sila masukkan nilai sumbangan anda (jika ada)


  • Price:


  • RM 0.00