Pengenalan Ringkas Pengajian
Kitab ini adalah asas dan permulaan bag penuntut ilmu sebelum belajar kitab sarahnya iaitu
Nuzhatun Nazhor. Kitab ini mendapat perhatian daripada ulamak sehingga terdapat enam buah
syarahan dan sebahagian ulamak menulisnya kembali dalam bentuk Nazhom Syair. Seramai 10 orang
ulamak telah menulis syair daripada kitab Nukhbatun Fikar ini.
Ini menunjukkan betapa penting Matan in sehingga ramai ulamak member perhatian terhadapnya.
Maka semestinya kita sebagai penuntut ilmu mendalami dan menguasai Matan Nukhbatun Fikar
sebelum beralih kepada kitab Mustolah yang lebih tinggi.
Kitab karangan Imam al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqallani ini membahaskan tentang ilmu Mustolah Hadis. Pelajar berdaftar akan mendapat PDF Nota Mustolah Hadis karangan Ustaz Khairul Anuar sendiri.
Tahap Pengajian : Mubtadi
5 point penting Apa yang anda akan belajar ?
1) Empat Jenis Hadis Ahad
2) Syarat Hadis Mutawatir
3) Hukum Hadis Sohih, Hasan dan Dhoif
4) Tohmahan kepada perawi dan kesan kepada hadis yang diriwayatkannya
5) Cara menerima dan meriwayatkan hadis
Mempunyai soalan? Sila tulis di bawah.