Tentang Kami

Idea awal penubuhan Darul Fateh pada asalnya adalah kerana kesukaran orang awam untuk menghadiri majlis talaqqi kitab agama dek kekangan masa dan peluang yang ada kerana sibuk dengan komitmen. Lebih-lebih lagi musim pandemik Covid-19 apabila masjid-masjid terpaksa dihadkan kehadiran serta majlis pengajian agama terpaksa ditangguhkan.

Akhirnya, tercetuslah idea untuk mencipta sebuah platform digital secara atas talian. Platform ini bertujuan bagi memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk belajar agama melalui kaedah talaqqi secara tersusun dan berperingkat. Selain itu, platform online yang digunakan oleh Darul Fateh membolehkan semua orang belajar agama tanpa terlepas mana-mana kelas dan boleh ditonton berulang kali pada bila-bila masa sahaja.