Daurah Kitab Umdatul Salik – Kitabul Jinayah

Apa Yang Menarik Berkaitan Kitab Umdatul Salik ini?

  1. Kitab “ ‘Umdah al-Salik wa ‘Uddah al-Nasik (عمدة السالك وعدة الناسك)” adalah sebuah karya fiqh dalam mazhab Syafi’i yang disusun oleh al-Imam al-‘Allamah Syihabuddin Abu al-‘Abbas Ahmad bin al-Naqib al-Mishri (702-769H). Beliau terkenal dengan gelaran Ibnu al-Naqib al-Mishri.
  2. Dalam pendahuluan kitab ini, Ibn al-Naqib al-Mishri menerangkan bahawa kitab ini merupakan sebuah ringkasan bagi fiqh mazhab Syafi’i. 
  3. Manhaj kitab ini disusun berdasarkan pendapat yang terpilih (yang sahih) dalam mazhab Syafi’i mengikut pendapat Imam  al-Rafi’i r.h  dan  Imam al-Nawawi r.h, atau pendapat salah seorang daripada mereka berdua. Jika wujud perbezaan pendapat di antara mereka berdua dalam sesuatu masalah, maka penyusun kitab ini akan mendahulukan pendapat Imam al-Nawawi r.h.
  4. Nama lengkap kitab ini adalah “Umdatu As-Salik Wa Uddatu An-Nasik” (عمدة السالك وعدة الناسك). Makna bahasa “umdah” adalah “tumpuan”. As-Salik dalam istilah tasawuf bermakna orang yang menempuh jalan menuju Allah dengan menjalani pelbagai tingkatan maqomat dengan cara tertentu yang disebut dengan istilah tarekat/thoriqoh. “Uddah” bermakna “jihaz/persiapan”. An-Nasik bermakna ahli ibadah yang zuhud di dunia. Dengan demikian makna judul kitab ini secara keseluruhan adalah “tumpuan orang yang berjalan menuju Allah dan perlengkapan ahli ibadah”. Boleh dirasakan aroma tasawuf pada judul kitabnya kerana ulamak Syafieyyah ramai yang bertareqat. 

.

Daurah Kitab Umdatul Salik – Kitab al-Jinayah ini akan disampaikan oleh:

Ustaz Khairul Anuar Al-Barqi 

Mudir Markaz Dakwah Wal Imamah

BIODATA TUAN GURU

Latar Belakang Pengajian

Pondok Pasir Tumbuh

Universiti Al-Azhar

Antara Guru Beliau

Al Marhum Tuan Guru Haji Saleh

Tuan Guru Haji Mohammad

Syeikh Muhammad Nuruddin 

As Syahid Syeikh Imaduddin Iffat 

Syeikh Prof Dr Rifaat Fauzi 

Syeikh Rusydi Qalam Ad Dimasyqi

Pengalaman

Tenaga Pengkuliah Di Masjid dan Surau Negeri Kelantan (10 tahun)

Penterjemah Kitab Fathul Muin (Bab Jual Beli)

Maklumat pengajian

Kategori:

Tenaga Pengajar

Ustaz Khairul Anuar
Ustaz Khairul Anuar Author

Biodata Ustaz Khairul Anuar Ustaz Khairul Anuar Mudir Pondok As Sohabah Kok Lanas Latar Belakang Pengajian Pondok Pasir Tumbuh Universiti Al-Azhar Antara Guru Beliau: Al Marhum Tuan Guru Haji Saleh Tuan Guru Hai Mohammad Syeikh Muhammad Nuruddin As Syahid Syeikh Imaduddin Iffat Syeikh Prof Dr Rifaat Fauzi Syeikh Rusydi Qalam Ad Dimasygi Pengalaman Tenaga Pengkuliah Di Masjid dan Surau Neger Kelantan (10 tahun) Penterjemah Kitab Fathul Muin (Bab Jual Beli)

Basic

Enroll

Silver

Enroll

Gold

Enroll

Mempunyai soalan? Sila tulis di bawah.

Your email address will not be published. Required fields are marked *

+164 enrolled

Maklumat Pengajian

Kategori: