Jadi Soleh Sebelum Jadi Suami

Ada orang berpendapat bahawa dia akan berubah setelah mendirikan rumah tangga.
Dia akan menjadi soleh selepas berkahwin dengan pujaan hatinya.
Bahkan berjanji dengan bakal pasangan bahawa dia akan berubah selepas kahwin.


Percayalah, kata-kata ini adalah dusta !

Mereka yang tidak bersedia untuk berubah sebelum kahwin, sukar untuk berubah selepas kahwin.
Ini kerana faktor terbesar untuk perubahan adalah diri sendiri.

Jika tidak kuat tekadnya untuk berubah, maka apa sahaja kondisi dia tetap berada di takuk lama.
Menjadi soleh bukan pilihan tetapi kewajipan. Apatah lagi setelah kahwin, suami akan mengemudi
bahtera rumah tangga. Bahtera bagaimana yang ingin dibina? Adakah bersulam ilmu dan adab agama,
atau ala kadar sahaja.

Lelaki wajib menjadi soleh sebelum menjadi suami.

Kena sentiasa baiki dan muhasabah diri, ada perancangan yang jelas tentang hala tuju perkahwinan.


Bagaimana menjadi soleh?

Berkawan dengan orang soleh dan duduk dalam majlis ulamak.
Pemilihan kawan yang baik akan memberi kesan kepada peribadi dan akhlak, manakala duduk dengan
para ulamak akan memberi kekuatan rohani dalam diri.

Justeru, tuntutan menjadi hamba Allah yang soleh tidak terhenti atas dasar perkahwinan semata-mata,
bahkan ia adalah tuntutan agama kepada semua orang. Kerana syurga juga disediakan kepada mereka yang mati bujang.


Abdullah Hussin,
Teratak Mawaddah.

#SetajamPena

*Daftar Daurah Feqah Perkahwinan bersama Ust Abdullah Hussin al-Azhari di sini

Tulisan Asal di Facebook : Tekan sini

Join Channel Telegram : Tekan sini

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
Scroll to Top