Pengenalan Ringkas Pengajian
Kitab Sullam Munauraq karangan Syeikh Abdul Rahman al-Akhdhoriy Rahimahullah adalah kitab asas bagi pelajar yang ingin mendalami Ilmu Mantiq. Kitab ini telah disaring dan bersih daripada percampuran ilmu falsafah. Pendek kata, kitab ini adalah perbahasan Ilmu Mantiq versi Islamik kerana perbahasan berkaitan falsafah telah dibuang oleh pengarang.
Kata ulamak, “Jika tidak belajar kitab Sullam, maka tiada tangga baginya untuk naik dalam ilmu Mantiq.”
Kitab ini adalah langkah pertama bagi pelajar yang ingin mendalami Ilmu Mantiq. Pelajar berdaftar akan diberikan PDF Nota Ilmu Mantiq yang diolah oleh Ustaz Khairul Anuar sendiri.
Apa yang anda akan belajar ?
1) Takrif Ilmu Mantiq
2) Hukum belajar Ilmu Mantiq
3) Perbahasan lafaz. Mufrad kulliy, mufrad juz’iy
4) Qadhiyyah : Hamliyyah dan Syarthiyyah
5) Ilmu Hadis
6) Dilalah Wadh’ieyyah
7) Muarrafat
8) Tanaqudh, Akas, Mustawi
9) Qiyas, Asykal
10) Hujjah
11) Khatha’ wal Burhan
Mempunyai soalan? Sila tulis di bawah.