Promo sepanjang Ramadan diskaun sebanyak 30% untuk semua daurah Darul Fateh

Loading...

RM117.00

Pengajian Ini mengandungi:
Loading...

Daurah Kitab Al-Mazhab

Kitab ini menerangkan hukum bermazhab, apa beza taqlid dan itba`, hukum talfiq mazhab, adakah mungkin ada mujtahid pada zaman ini dan sebagainya.
Pengajian Ini mengandungi:
Tahap Pengajian:  Mubtadi

Pengenalan ringkas pengajian

Kitab karangan Syeikh Abdul Qadir al-Mandili ini bertitik tolak daripada permintaan Tuan Guru Hj Hasan Ahmad al-Fathoni supaya Syeikh Abdul Qadir menerangkan sebuah kitab dan perkara yang menyalahi daripada kitab bertajuk “al-Mazhab : Wajibkah atau Haram bermazhab?

 

Kitab Syeikh Abdul Qadir al-Mandili ini adalah bangkangan kepada kitab tersebut. Selain itu, kitab ini adalah benteng Ahlu Sunnah wal Jama’ah dalam mendepani serangan golongan yang menyeru supaya meninggalkan mazhab.

Silibus Pengajian

1) Empat sumber hukum Islam
2) Perkembangan mazhab bermula zaman Rasulullah hingga
3) Pengenalan Mazhab Empat
4) Faktor berbeza mazhab para sahabat
5) Peringkat-peringkat Mujtahid
6) Perbahasan Itba' dan Taqlid
7) Penerangan Mazhab Ahlu Sunnah wal Jama'ah

Sijil Pengajian

Sijil Penyertaan Daurah

Tenaga Pengajar

Ustaz Sofuan Shaberi

MAKLUMAT DIRI

Nama: Muhammad Sofuan bin Shaberi

Asal: Pulai Chondong, Kelantan.

 

MAKLUMAT PENGAJIAN

PENGAJIAN FORMAL:

1) Sekolah Kebangsaan Pangkal Nering, Pulai Chondong, Kelantan

2) Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu.

3) Universiti Al-Azhar, Kaherah.

4) Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra

 

PENGAJIAN TAK FORMAL:

1) Masjid dan surau sekitar Kota Bharu

2) Pondok Pasir Tumboh

3) Pondok Tunjong

 

NAMA-NAMA GURU

GURU DI MALAYSIA:

1) Tuan Guru Pak Su Hamid Gunong.

2) Ust Hj Wan Omar bin Wan Ismail

3) Ust Yusof bin Ismail

4) Ust Muhammad bin Awang

5) Ust Ahmad bin Yacob

6) Ust Azri Hisham bin Abdul Rahman

7) Ust Sanusi bin Derani

8) Ust Syairazi bin Atiqullah

 

GURU DI MESIR:

1) Syeikh Rifaat Fauzi Abd Muttalib

2) Syeikh Rohimuddin Nawawi Al-Bantani

3) Syeikh Jamal Farouq Al-Hasani

4) Syeikh Yusri bin Jabr Al-Hasani

5) Syeikh Saad Jawish

 

KERJAYA

1) Guru di Pondok Tunjong

2) Mengisi kuliah di masjid-masjid di Kelantan

RM117.00