Promo sepanjang Ramadan diskaun sebanyak 30% untuk semua daurah Darul Fateh

Loading...

RM210.00

Pengajian Ini mengandungi:
Loading...

Daurah Kitab Bughyatu Tullab | Jilid 2

Kitab ini dikarang oleh Syeikh Daud Abdullah al-Fathani yang mana beliau adalah ulama alam Melayu yang paling banyak menulis kitab dalam pelbagai disiplin ilmu.
Pengajian Ini mengandungi:
Tahap Pengajian:  mutawasit

Pengenalan ringkas pengajian

Kitab Bughyatu Tullab adalah karangan Syeikh Daud al-Fathoni yang membahaskan Feqah Ibadat secara terperinci. Kitab ini mengandungi dua jilid. Daurah ini hanya berkisar Jilid Pertama sahaja.

 

Antara rujukan utama Syeikh Daud dalam menulis kitab ini adalah Kitab Minhaj dan sekalian syarahnya seperti Tuhfah oleh Syeikh Ibnu Hajar, Nihayah oleh asy-Syamsu ar-Ramli, Mughni ( Khathib Syarbini, Syarh Damiri, Fath al-Wahhab dan syarahnya) dan Syarh Tahrir ( Syeikh al-Islam Zakaria al-Anshari ).

 

Antara kitab Melayu / Jawi yang dirujuk adalah Sabil al-Muhtadin oleh Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari. Jika anda belajar kitab ini, seumpama belajar empat atau lima buah kitab yang besar-besar kerana Syeikh Daud menghimpunkan masalah Feqah daripada kitab yang besar-besar. Penuntut ilmu mesti menguasai perbahasan dalam kitab ini supaya dapat berhadapan dengan masyarakat kelak.

Silibus Pengajian

1) Kitab Jenazah
2) Kitab Zakat
3) Kitab Puasa
4) Kitab Haji dan Umrah
5) Adab ziarah Kubur Rasulullah SAW

Sijil Pengajian

Sijil Penyertaan Daurah

Tenaga Pengajar

Ustaz Sofuan Shaberi

MAKLUMAT DIRI

Nama: Muhammad Sofuan bin Shaberi

Asal: Pulai Chondong, Kelantan.

 

MAKLUMAT PENGAJIAN

PENGAJIAN FORMAL:

1) Sekolah Kebangsaan Pangkal Nering, Pulai Chondong, Kelantan

2) Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu.

3) Universiti Al-Azhar, Kaherah.

4) Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra

 

PENGAJIAN TAK FORMAL:

1) Masjid dan surau sekitar Kota Bharu

2) Pondok Pasir Tumboh

3) Pondok Tunjong

 

NAMA-NAMA GURU

GURU DI MALAYSIA:

1) Tuan Guru Pak Su Hamid Gunong.

2) Ust Hj Wan Omar bin Wan Ismail

3) Ust Yusof bin Ismail

4) Ust Muhammad bin Awang

5) Ust Ahmad bin Yacob

6) Ust Azri Hisham bin Abdul Rahman

7) Ust Sanusi bin Derani

8) Ust Syairazi bin Atiqullah

 

GURU DI MESIR:

1) Syeikh Rifaat Fauzi Abd Muttalib

2) Syeikh Rohimuddin Nawawi Al-Bantani

3) Syeikh Jamal Farouq Al-Hasani

4) Syeikh Yusri bin Jabr Al-Hasani

5) Syeikh Saad Jawish

 

KERJAYA

1) Guru di Pondok Tunjong

2) Mengisi kuliah di masjid-masjid di Kelantan

RM210.00