Daurah Luma’ fi Usul Fiqh

Pengenalan Ringkas Pengajian

Kitab al-Luma’ fi Ushul al-Fiqh adalah antara karya dalam bidang usul fiqh yang sangat penting. Kitab al-Luma’ ini merupakan sebuah kitab ringkasan (mukhtashar) yang disusun oleh Imam Abu Ishaq Ibrahim bin ‘Ali al-Syairazi bagi sebuah kitab karya beliau yang lain, iaitu Kitab al-Tabhsirah fi Ushul al-Fiqh. Kitab ini sangat istimewa kerana isi kandungan banyak memaparkan dalil-dalil dan perbincangan.

Imam Syairazi merupakan ulamak yang begitu mahir dalam ilmu kalam dan banyak menggunakan logik Mantik dalam ibarat yang digunakan. Ini kerana kesungguhan dan kekuatan hati beliau dalam menuntut ilmui. Kata beliau, “Aku mengulangsatu qiyas sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, barulah aku mengambil qiyas yang lain dan melakukan hal yang sama. Aku juga mengulang satu pembahasan sebanyak 1000 kali. Jika ada satu masalah pada mana-mana bahagian bait syair, maka aku akan menghafal keseluruhan bait syair tersebut.”

Kitab al-Luma’ sesungguhnya tidak lahir tanpa sebab. Berdasarkan pengakuan beliau sendiri, kitab al-Luma’ merupakan ‘anak kandung’ dari kitab at-Tabshirah, sebuah kitab ushul fiqh juga. Kitab at-Tabshirah adalah kitab ushul fiqh pertama beliau. Isinya hanya masalah-masalah ushul fiqh yang diperdebatkan, tanpa ada satu pun masalah yang disepakati. Bahkan, definisi-definisi yang diperlukan tidak beliau sertakan dalam kitab itu. Justeru, beliau menyusun kitab al-Luma’ sebagai penjelasan kepada kitab at-Tabshirah. Perbezaan pendapat tidak lagi disebutkan seperti dalam kitab at-Tabshirah. Beliau juga mengutakan definisi-definisi yang diperlukan oleh penuntut ilmu agar dapat memahami Usul Feqh dengan baik.

Kitab al-Luma’ berformat ikhtishar atau ringkasan sebagaimana beliau sebutkan dalam muqadimah kitab. Pembahasannya dimulakan dengan masalah definisi ilmu dan zan, kemudian definisi Usul Feqh, Amar dan Nahy, hingga berakhir dengan bab ijtihad.

Kitab ini adalah tangga setelah pelajar mendalami Matan Waraqat. Kitab ini adalah kunci penting dalam memahami Ilmu usul Feqh secara mendalam. Dibekalkan nota dan PDF kitab lain untuk memudahkan kefahaman pelajar terhadap ilmu ini.

Apa yang anda akan belajar ?
1) Definisi Usul Feqh
2) Amar (suruhan) dan Nahyu (Larangan)
3) Arahan syarak membawa maksud sekali buat atau berulang-ulang ?
4) Umum dan Khusus
5) Mutlak dan Muqayyad
6) Mujmal dan Mubayyan
7) Nasakh Mansukh
8) Jarah Ta’dil
9) Ijmak
10) Qiyas
11) Istihsan
12) Taqlid dan Ijtihad

Course Information

Estimated Time: 48 Jam & 40 Minit Pengajian

Difficulty: Mubtadi(Permulaan)

Categories:

Tags:

Tenaga Pengajar

Ustaz Khairul Anuar
Ustaz Khairul Anuar Author

Biodata Ustaz Khairul Anuar Ustaz Khairul Anuar Mudir Pondok As Sohabah Kok Lanas Latar Belakang Pengajian Pondok Pasir Tumbuh Universiti Al-Azhar Antara Guru Beliau: Al Marhum Tuan Guru Haji Saleh Tuan Guru Hai Mohammad Syeikh Muhammad Nuruddin As Syahid Syeikh Imaduddin Iffat Syeikh Prof Dr Rifaat Fauzi Syeikh Rusydi Qalam Ad Dimasygi Pengalaman Tenaga Pengkuliah Di Masjid dan Surau Neger Kelantan (10 tahun) Penterjemah Kitab Fathul Muin (Bab Jual Beli)

Pakej Normal

DAFTAR

Mempunyai soalan? Sila tulis di bawah.

Your email address will not be published. Required fields are marked *

+82 enrolled

Maklumat Pengajian

Estimated Time: 48 Jam & 40 Minit Pengajian

Peringkat: Mubtadi(Permulaan)

Categories:

Tags: