Promo sepanjang Ramadan diskaun sebanyak 30% untuk semua daurah Darul Fateh

Loading...

RM139.00

Pengajian Ini mengandungi:
Loading...

Pengajian Hasyiah Syarqawi

Kitab ini adalah kitab yang perlu dipelajari oleh penuntut ilmu setelah mempelajari kitab asas dalam ilmu Tauhid. Pengajian dilakukan secara talaqqi dengan bacaan penuh Syarah Hud Hudi dan sebahagian daripda petikan komentar Imam Abdullah Syarqawi.
Pengajian Ini mengandungi:
Tahap Pengajian:  mutawasit

Pengenalan ringkas pengajian

Kitab Hasyiah Al-Sharqawi ‘ala Al-Hudhudi ‘ala Ummul Barahin.
Ianya adalah kitab yang tinggi dalam ilmu Tauhid Ahlu Sunnah wal Jama’ah. Komentar hebat ditulis oleh Syeikh ‘Abdullah Al-Sharqawi rhm untuk risalah terkenal Ummul Barahin yang ditulis oleh Imam Al-Sanusi rhm.
Kitab Ummul Barahin ini kemudiannya disyarah oleh Syaikh Muhammad ibn Manshur al-Hud Hudi. Syarahan Syeikh Hud Hudi ini kemudin diberikan Hasyiah (komentar) oleh Imam Abdullah Syarqawi.
Metode komentar beliau adalah menempatkan satu paragraf matan secara penyh, kemudian diberikan penjelasan makna.
Catatan Syeikh Abdullah asy-Syarqawi ini memberi satu indikasi bahawa fahaman Aliran Asyairah masih kukuh di Dunia Islam. Walaupun pada masa itu, pemikiran Barat sedang marak seiring dengan kedatangan Napoleon dan penjajahan Perancis di Mesir. Hasyiyah dari Syaikh al-Azhar ke-12 ini menuntun kaum muslimin dalam memahami dan meyakini Tauhid yang menjadi tiang utama aqidah Islam.
Selain itu, penerangan yang di berikan oleh al-Fadhil Ustaz Khairul Anuar sangat jelas dan berkesan dalam menghuraikan kitab ini.
Pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian ini akan mendapat tasawwur (gambaran) yang lengkap berkaitan ilmu Aqidah Ahlu Sunnah wal Jama’ah.
InsyaAllah.

Silibus Pengajian

Sijil Pengajian

Sijil Penyertaan Daurah

Tenaga Pengajar

Ustaz Khairul Anuar

Ustaz Khairul Anuar
Mudir Pondok As Sohabah Kok Lanas

 

Latar Belakang Pengajian

Pondok Pasir Tumbuh

Universiti Al-Azhar

 

Antara Guru Beliau:

Al Marhum Tuan Guru Haji Saleh

Tuan Guru Haji Mohammad

Syeikh Muhammad Nuruddin

As Syahid Syeikh Imaduddin Iffat

Syeikh Prof Dr Rifaat Fauzi

Syeikh Rusydi Qalam Ad Dimasyqi

 

Pengalaman

Tenaga Pengkuliah Di Masjid dan Surau Negeri Kelantan (10 tahun)

Penterjemah Kitab Fathul Muin (Bab Jual Beli)

RM139.00