Tentang Kami

Idea awal penubuhan Darul Fateh adalah kerana sukarnya bagi pencinta ilmu mahupun orang awam untuk menghadiri majlis talaqqi kitab agama dek kekangan masa dan sibuk dengan komitmen harian. 

Kemuncaknya adalah apabila berlaku bencana COVID-19 yang menyebabkan masjid dan sekolah ditutup. Sedangkan kedua ini adalah medium untuk untuk menyampaikan ilmu agama kepada masyarakat.

Akhirnya, tercetuslah idea untuk kami mencipta sebuah platform digital secara atas talian. Ini bagi memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat yang ingin belajar agama melalui kaedah talaqqi secara tersusun, berperingkat serta sistematik tanpa terlepas sebarang sesi pengajian.

Bagi pelajar kitab Pondok pula, seringkali kitab “berlubang” disebabkan oleh ada masyaqqah untuk menghadiri kelas, demam dan sebagainya.

Justeru kami menyediakan solusi bagi mereka untuk mendengar balik rakaman kitab.

Kami komited menyediakan rakaman kitab yang penuh daripada awal sampai khatam.

Akses rakaman ini boleh ditonton berulang kali, pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada.

Oleh itu, Misi kami adalah menjadi sebuah platform pendidikan agama yang holistik dan tersusun secara atas talian bagi melahirkan pelapis alim ulama’ yang bermanhaj Ahlu Sunnah wal Jama`ah.

Selain itu, visi DarulFateh.com ialah memberikan pengalaman pembelajaran agama yang terbaik secara talaqqi dan daurah kepada semua lapisan masyarakat secara atas talian

Ayuh bersama DarulFateh.com bagi melahirkan pelapis para ulama’ yang alim dan rabbani serta masyarakat yang faqih dalam bidang agama serta mahir dalam pelbagai sudut ilmu agama.