Kitab ini menerangkan aqidah Ahlu Sunnah wal Jama’ah dengan uslub yang lebih mudah dan ringkas. Perbahasan kitab ini mendatangkan dalil naqli dan aqli amat menarik kerana kebiasaan kitab jawi hanya mendatangkan dalil aqli sahaja.
Pengenalan Ringkas Pengajian
Kitab karangan Tuan Guru Abdul Aziz bin Ismail al-Fathoni ini adalah kitab yang membicarakan
berkenaan iktikad Ahlu Sunnah wal Jamaah secara tuntas dan mendalam. Kitab in selesai ditulis pada
21 Jamadil Awwal 1409 H. Selain itu, ibarat dan huraian yang digunakan ringkas dan santai serta
mudah untuk difahami oleh orang awam.
Perbahasan kitab in dimulakan dengan pengenalan agama, huraian hukum syarak, hukum akal dan
hukum adat, pengenalan ilmu Usuluddin dan huraian Sifat Dua Puluh beserta dalil naqli dan aqli.
Tuan Guru Syeikh Baba Hj Ismail Sepanjang Al-Fathani Hafizhohullah yang merupakan menantu
pengarang telah menggunakan kitab in sebagai teks pengajian agidah di dalam majlis ilmu yang
dikendalikannya.
Silibus Pengajian
1) Penerangan mengenai hukum syarak, hukum akal dan hukum adat
2) Kepentingan belajar ilmu Aqidah
3) Huraian Sifat Dua menurut Ahlu Sunnah Wal Jama’ah berserta dalil naqli dan aqli.
4) Huraian sifat yang wajib, harus dan mustahil bagi sekalian Rasul
5) Perkara-perkara yang wajib diketahui oleh sekalian Mukallaf
Salam, saya sudah selesai ikuti kuliah ini siri1 hingga siri 3, cuma utk sambung kesiri seterusnya saya tak dapat login…mohon bantuan