Daurah Misbahul Munir

Kitab ini menerangkan aqidah Ahlu Sunnah wal Jama’ah dengan uslub yang lebih mudah dan ringkas. Perbahasan kitab ini mendatangkan dalil naqli dan aqli amat menarik kerana kebiasaan kitab jawi hanya mendatangkan dalil aqli sahaja.

Course Information

Estimated Time: 43 Jam & 23 Siri Pengajian

Difficulty: Mubtadi(Permulaan)

Categories:

Pengenalan Ringkas Pengajian

Kitab karangan Tuan Guru Abdul Aziz bin Ismail al-Fathoni ini adalah kitab yang membicarakan
berkenaan iktikad Ahlu Sunnah wal Jamaah secara tuntas dan mendalam. Kitab in selesai ditulis pada
21 Jamadil Awwal 1409 H. Selain itu, ibarat dan huraian yang digunakan ringkas dan santai serta
mudah untuk difahami oleh orang awam.

Perbahasan kitab in dimulakan dengan pengenalan agama, huraian hukum syarak, hukum akal dan
hukum adat, pengenalan ilmu Usuluddin dan huraian Sifat Dua Puluh beserta dalil naqli dan aqli.

Tuan Guru Syeikh Baba Hj Ismail Sepanjang Al-Fathani Hafizhohullah yang merupakan menantu
pengarang telah menggunakan kitab in sebagai teks pengajian agidah di dalam majlis ilmu yang
dikendalikannya.

Silibus Pengajian
1) Penerangan mengenai hukum syarak, hukum akal dan hukum adat
2) Kepentingan belajar ilmu Aqidah
3) Huraian Sifat Dua menurut Ahlu Sunnah Wal Jama’ah berserta dalil naqli dan aqli.
4) Huraian sifat yang wajib, harus dan mustahil bagi sekalian Rasul
5) Perkara-perkara yang wajib diketahui oleh sekalian Mukallaf

Tenaga Pengajar

Tuan Guru Azri Hisham
Tuan Guru Azri Hisham Tenaga Pengajar

Tuan Guru merupakan bekas pelajar Pondok Pasir Tumboh. Beliau terpilih mengikuti pengajian di Kuliah Pondok yang mana penilaian kemasukan ke sana sangat ketat. Beliau aktif berdakwah, memimpin pengajian berkitab dan tazkirah di seluruh Kelantan sejak puluhan tahun. Seusai belajar, beliau terus berkhidmat mengajar dan mendidik masyarakat di seluruh Kelantan. Hasil karya beliau yang terbaru adalah Ringkasan Kitab Penawar Bagi Hati.

Pakej Normal

DAFTAR

Mempunyai soalan? Sila tulis di bawah.

Your email address will not be published. Required fields are marked *

+181 enrolled

Maklumat Pengajian

Estimated Time: 43 Jam & 23 Siri Pengajian

Peringkat: Mubtadi(Permulaan)

Categories: