Pengenalan Ringkas Pengajian
Kitab Tasrif Izzi merupakan kitab Sorf yang menjadi sukatan yang mesti dipelajari oleh penuntut ilmu agama. Ini kerana kitab ini adalah pembuka kepada ilmu Sorf. Kitab. Selain itu, kitab ini perbahasannya lebih lengkap berbanding Matan Bina’ wal Asas.
Kitab ini dikarang oleh Syeikh Abdul Wahab bin Ibrahim az-Zanjani. Beliau merupakan ulama terkemuka kurun 7 hijrah dan dinamakan Tasrif Izzi kerana merujuk kepada gelaran beliau iaitu Izzuddin. Kitab ini terbukti dapat membantu pelajar dalam memahami perubahan bentuk fe’il di dalam Bahasa Arab.
Kitab Matan Tasrif Izzi adalah kunci kepada ilmu Sorf. Kitab ini membincangkan bentuk-bentuk perubahan yang berlaku kepada fe’il (kata kerja) di dalam Bahasa Arab.
Apa yang anda akan belajar ?
1) Perubahan wazan dalam Fe’il Thulathi
2) Jenis-jenis wazan Feil Thulathi Mazid
3) Tasrif empat belas bagi Fe’il Madhi, Mudhari’ dan Tasrif Fe’il Amar
4) Perbahasan mengenai Fe’il Mudha’af,Mu’tal, Mahmuz
5) Perbahasan binaan kalimah bagi Ism Makan dan Ism Zaman
Mempunyai soalan? Sila tulis di bawah.