Bidayatul Mubtadi

January 13, 2022

Pengenalan Ringkas Pengajian

Kitab ini dikarang oleh seorang ulamak yang tidak disebut namanya kerana wara’. Kitab ini menerangkan tiga bidang utama keilmuan Islam iaitu tauhid (akidah), fiqh, dan tasawuf. Kitab ini ditulis dalam bahasa Melayu beraksara Arab (Jawi).

Dalam kata pengantar kitab Bidayah al-Mubtadi, penyusunnya mengatakan kitab ini merupakan sebuah risalah kecil yang ringkas, yang menghimpun kajian atas perkara-perkara yang harus diketahui oleh setiap muslim yang mukallaf, dari ilmu tauhid dan fiqh. Kitab ini diselesaikan oleh penyusunnya pada waktu pagi hari Ahad, awal bulan Jumadil Akhir tahun 1254 H.

Tujuan kitab ini disusun khusus sebagai panduan dan pegangan untuk mereka yang baru belajar. Kata penyusun kitab; “ Dan aku namai akan dia dengan Bidayah al-Mubtadi wa ‘Umdah al-Awladi (بداية المبتدي وعمدة الأولادي ) ertinya permulaan bagi segala orang yang baharu belajar dan perpegangan bagi segala kanak-kanak.

Apa yang anda akan belajar ?
1) Ilmu Sifat Dua Puluh secara ringkas
2) Fasal Iman, Fasal Islam dan Fasal Syahadah
3) Kitab bersuci, qadha hajat, najis, bersugi, wudhuk, mandi wajib dan tayammum
4) Fasal Haid, Nifas dan Istihadhah
5) Fasal Solat, sunat dalam solat, perkara yang membatalkan solat
6) Perbahasan tentang pemakaian sutera dan emas
7) Aqiqah, sembelihan dan binatang yang halal dan haram dimakan


Contoh Sijil Penyertaan Darul Fateh

Sijil Penyertaan Daurah

  • Mudah diakses pada mana-mana platform.
  • Boleh dimuat turun atau dicetak sebagai PDF untuk dikongsi platform lain.
  • Dapat jadikan sebagai gambar untuk dijadikan rujukan.

Course Information

Estimated Time: 60 Jam Pengajian

Difficulty: Mubtadi(Permulaan)

Categories:

Tags: ,

Tenaga Pengajar

Ustaz Muhammad Sofuan Shaberi
Ustaz Muhammad Sofuan Shaberi Author

Guru Pondok Tunjong, Kelantan Tenaga Pengajar Darul Fateh,

Pakej Normal

DAFTAR

Bahan Pengajian

Pengajian Bidayatul Mubtadi

Mempunyai soalan? Sila tulis di bawah.

Your email address will not be published. Required fields are marked *

+1 enrolled

Maklumat Pengajian

Estimated Time: 60 Jam Pengajian

Peringkat: Mubtadi(Permulaan)

Categories:

Tags: ,